4 Februari 2013

Pembangkang tidak tunai janji munafik - PM

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Parlimen Pandan dan Ampang di Pandang Taman Dagang dekat Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA
*****
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Kegagalan pembangkang menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dan tidak mampu menterjemah amanah yang diberi rakyat, bukti pakatan tersebut munafik.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Islam sesiapa sahaja yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji tersebut selain tidak menjalankan amanah yang diberi dengan sempurna adalah seorang yang munafik.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia di Taman Dagang, Ampang hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan: