Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul
Rahman menziarahi isteri imam Masjid Kampung Petai Bubus, Tuan Kamariah
Tuan Dahlan yang terlantar sakit di rumahnya di Manir, Kuala Terengganu
selepas menunaikan solat Jumaat ketika dalam rangka lawatan sehari ke
Terengganu, semalam. - BERNAMA
*****
Empat perkara itu ialah, mengutamakan perpaduan sesama ahli, calon berpotensi untuk menang, jangan cipta masalah baharu dan sentiasa bersua dengan para pengundi di kawasan masing-masing.
Menurutnya, ahli BN juga diingat supaya tidak menimbulkan masalah yang boleh memberikan gambaran berlaku keretakan di dalam parti, sehingga memberi ruang kepada musuh untuk bertindak.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, tidak nampak masalah seumpama itu berlaku dalam parti sehingga membawa kepada perpecahan serius.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru Peringkat Negeri Terengganu di Padang Bola Kampung Rhu Rendang dekat sini hari ini.
Yang turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Program yang bermula kira-kira pukul 4 petang itu dihadiri kira-kira 10,000 orang dari segenap lapisan masyarakat.
Mengenai calon, Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan proses perundingan berulang kali bagi memastikan calon BN benar-benar berpotensi untuk menang.
Muhyiddin seterusnya mengajak seluruh barisan kepemimpinan BN supaya memberikan sokongan 100 peratus terhadap pemilihan calon yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.
Calon pula, kata beliau, perlu kerap turun padang untuk bersua dengan para pengundi kerana golongan itu adalah 'raja' dalam menentukan menang atau kalah calon BN dalam PRU-13.
"Kita kena bertanya khabar mereka ini. Kena ambil tahu apa masalah mereka. Ini kerana, merekalah yang akan menentukan kemenangan kita," ujarnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau terharu dengan sambutan meriah dalam majlis pelancaran Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru peringkat negeri itu yang menggambarkan seluruh pemimpin dan ahli BN kini sudah siap sedia menghadapi PRU-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan