Sebahagian ahli pergerakan Wanita
komponen BN menyertai perarakan membantah kenyataan kontroversi Tian
Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, menuju ke Ibu
Pejabat Polis Daerah Jerantut, semalam.
*****
Sehingga pukul 6 petang ini, Selangor mencatat bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 252 diikuti Kedah (122), Terengganu (91) dan Kelantan (59).
Di Petaling Jaya, Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Presidennya, Datuk Dr. A. Balakrishnan berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak Tian Chua menarik balik kenyataannya yang disifatkan biadab dan tidak sensitif terhadap keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
"Ia nyata tuduhan semata-mata apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tidak akan membenarkan walau seinci tanah pun akan diserahkan kepada pihak pengganas Sulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Di Kepala Batas, enam lelaki yang mendakwa ahli Pas membuat laporan di IPD Seberang Perai Utara terhadap Tian Chua.
Menurut wakil kumpulan itu, Mohd. Nabi Bax Mohd. Nabi Abdul Sathar, 61, berkata, sebagai ahli Pas, beliau kecewa dan malu dengan parti politik itu yang masih ingin bekerjasama dengan PKR.
Sebelum itu, Mohd. Nabi Bax yang juga bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak bersama ahli kumpulan membakar bendera PKR dan DAP serta gambar Tian Chua.
Di Jerantut, kira-kira 200 ahli sayap Wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) Parlimen itu menyertai perarakan semalam bagi mengecam tindakan pembangkang yang mengaitkan insiden pencerobohan di Sabah sebagai sandiwara UMNO.
Perarakan yang disertai ahli Pergerakan Wanita, Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Wanita MCA dan MIC Jerantut itu bermula di pekarangan bangunan Mara di sini, dan berakhir di IPD Jerantut.
Mereka kemudian membuat laporan polis ke atas Tian Chua pukul 4.20 petang.
Di Pulau Pinang, kira-kira 150 ahli UMNO Bahagian Bukit Bendera berarak sejauh 500 meter ke Balai Polis Kampung Bahru, Air Itam di sini bagi membuat laporan polis.
Mereka berarak dari Balai Giat Kampung Bahru sambil menyanyikan lagu Barisan Kita dan membawa sepanduk mengecam tindakan Tian Chua.
Di Batu Pahat, Persatuan Polis Pencen Negeri Johor (PPPNJ) dan gabungan NGO Daerah turut membuat laporan di IPD Batu Pahat mengecam tindakan biadab pemimpin itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan