KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelbagai pengiktirafan daripada institusi bertaraf dunia adalah bukti kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengiktirafan itu merupakan testimoni kepada kejayaan prakarsa GTP dan ETP sejak dilaksanakan dan negara berada pada landasan yang betul.
Katanya, antara pengiktirafan ialah yang diterima dari Bank Dunia yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-12 negara paling mesra perniagaan di dunia.
Institute of Management Developement, katanya, di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 telah meletakkan Malaysia di anak tangga ke-14 paling berdaya saing di dunia.
Kedua-dua agensi tersebut juga meletakkan Malaysia di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.
Malah, negara ini turut dilaporkan oleh International Living Magazine sebagai negara ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan