PULAU PINANG 1 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diingatkan agar tidak terus bersikap ego dan takbur dengan sokongan yang diterima selama ini.
Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Zaidi Abu Bakar berkata, sebagai pemimpin dan ulama, Nik Abdul Aziz seharusnya mengamalkan sikap rendah diri dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati rakyat di negara ini terutamanya ahli Pas.
Beliau kena ingat ramai ahli Pas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jadi mengapa memberi gambaran mengaitkan penerima bantuan umpama haiwan?
Sekali lagi saya tegaskan, beliau perlu minta maaf kepada semua penerima BR1M dan jangan biarkan orang menyamakan gambaran itudengan Islam," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena demonstrasi aman mempertahankan kalimah Allah di Masjid Negeri, di sini hari ini.
Beliau dalam pada itu menambah, Nik Abdul Aziz juga harus berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan supaya orang ramai tidak menyamakannya dengan iblis.
Selain itu, menyentuh mengenai demonstrasi yang diadakan, Zaidi menegaskan, pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi berkenaan sehingga Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng memohon maaf kepada semua umat Islam berhubung isu kalimah Allah di negara ini.
Beliau turut menyelar tindakan berdiam diri pemimpin Pas yang dilihat tidak mampu untuk menasihatkan kepemimpinan DAP terutama Guan Eng agar menarik balik tuntutan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan