KUALA LUMPUR 21 Mac - Sidang akhbar pakatan pembangkang berhubung pelancaran manifesto parti itu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadual pada pukul 10 pagi ini telah dibatalkan.
Sidang akhbar itu yang sepatutnya diadakan selepas mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dibatalkan tanpa sebarang makluman.
Seorang kakitangan Kelab Sultan Sulaiman memaklumkan kepada Utusan Online pihak berkenaan telah membatalkan tempahan bilik mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun terdapat kain rentang yang dipasang di luar kelab itu memaklumkan satu ceramah akan diadakan mengenai manifesto terbabit pada pukul 8 malam ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan