22 April 2013

'Saya disembelih PKR'


'Saya disembelih PKR'
Kangar: “Saya sanggup bertanding (sebagai calon) Bebas sebab PKR ‘sembelih’ saya,” kata Ketua Ranting PKR Kuala Perlis, Shaari Ludin, yang bertanding sebagai calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Perlis.

Shaari, 63, (gambar) mengakui kecewa apabila beliau seolah-olah dikhianati parti itu terutama selepas diketepikan kepemimpinan PKR pusat daripada senarai sebagai calon.
“Saya bertanding sebab mahu tunai hasrat rakan yang tidak puas hati dengan pimpinan PKR, yang membuang nama saya yang sudah disenarai pendek sebelum ini sebagai calon PKR di DUN Kuala Perlis.

“Saya percaya PKR cuba nak ‘sembelih’ saya. Mereka boleh sembelih, tetapi kena ingat saya bukan jenis yang mudah mati.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kuala Perlis kerana saya yakin mampu untuk mendapat sokongan daripada semua kenalan,” katanya.

Shaari akan bertemu calon BN yang juga penyandang kerusi DUN Kuala Perlis, Mat Hassan dalam saingan tiga penjuru bersama calon PKR, Noor Amin Ahmad.

Beliau yang juga pesara kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), berkata namanya sudah disenarai pendek sebagai calon PKR digugurkan pada saat akhir.
 
http://o.bharian.com.my/bharian/articles/SayadisembelihPKR_/Article | hwa - 22/4/13

Tiada ulasan: