13 Mei 2013

BISIK - BISIK AWANG SELAMAT: Tahniah Pas?

Tahniah Pas?
AWANG kasihan dengan nasib Pas. Sudahlah prestasi parti itu merudum dalam PRU-13, dipinggirkan pula oleh sekutunya.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng tidak melantik seorang pun wakil dalam Pas barisan exco.
Nampaknya nilai Pas kepada DAP sangat rendah. Pas bukan UMNO tetapi dilihat musuh dalam diam sehinggalah tidak layak duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Awang simpati dengan sebahagian ahli Pas yang bertungkus lumus berkempen membantu DAP dan PKR di seluruh negara tetapi itu balasan Guan Eng.
Bayangkan kalau kerajaan DAP memerintah negara, kita boleh jangka apa yang akan dilakukan ke atas kaum lain.
Kini harapan tinggal di Selangor. Ramai penduduk negeri mahukan Pas diberi peluang untuk menyandang jawatan Menteri Besar. Pas memenangi 15 kerusi DUN berbanding PKR 14 kerusi.
Banyak sepanduk sudah direntang di merata-rata kawasan menyokong Pas. Awang setuju. Berilah peluang kepada parti itu pula menerajui pentadbiran Selangor.
Jika benar pembangkang terutama DAP dan PKR ikhlas kepada kesepakatan, terjemahkanlah di Selangor. Walaupun mudah untuk menjangka pendirian DAP dan PKR, marilah menunggu keputusannya. Sama ada benar nilai Pas sekadar panjat pokok untuk pacak bendera dan meramaikan ceramah pembangkang semata-mata.

Tiada ulasan: