13 Mei 2013

Drama Azmin mahu tarik perhatian Anwar

KUALA LUMPUR 11 Mei - Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengadakan sidang akhbar berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor, semalam hanya untuk menarik perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, walaupun sering mempamerkan sikap tidak matang, namun Penasihat PKR itu tidak pernah jemu 'melayan' sikap kebudak-budakan Azmin, malah, beliau tetap diangkat sebagai pemimpin parti itu.
Berikut kenyataan penuh Anuar:
Merujuk kepada sidang akhbar Azmin semalam, saya sedikitpun tidak terkejut, malah begitu mual melihat drama beliau cuba menarik perhatian semua terutama Anwar dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor.
Itulah perwatakan sebenar Azmin, seorang budak yang terlalu dimanjakan Anwar sehingga menjadi 'spoilt brat' di kalangan pendukung Anwar.
Azmin sering merajuk, mahu dan mudah dipujuk serta kerap merengek manja mahukan perhatian. Anehnya, Anwar tidak pernah jemu melayan kerenah Azmin. Azmin telah bersikap biadab terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang membuat keputusan, namun Anwar membiarkan isterinya ditempelak Azmin.
Semalam, seluruh negara menyaksikan sendiri gelagat Azmin yang saya kenali ketika sama-sama berkhidmat di pejabat Anwar. Saya ingin mengajak masyarakat yang waras menyoal Anwar mengapa Azmin yang berjiwa kecil, banyak ragam dan kerenahnya serta keanak-anakan boleh diangkat Anwar untuk jadi pemimpin besar PKR?
Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsidar juga boleh membantu menjawab kenapa Anwar dan Azmin bersikap demikian?

Tiada ulasan: