Noor Azizan Abdul Majid (kiri) dan
Norman Toha menunjukkan laporan kepada JAIS bagi menyiasat penggunaan
kalimah Allah dalam iklan sebuah gereja di Shah Alam, semalam.
*****
Bendahari Jati, Noor Azizan Abdul Majid berkata, laporan itu dibuat bagi menghentikan cubaan berterusan pihak tertentu menggunakan kalimah Allah yang jelas menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam 1988) dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
"Laporan itu bagi menggesa pihak berkuasa agama berkenaan menyiasat penggunaan kalimah Allah menerusi iklan dalam laman web milik gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF).
"Saya melihat tindakan pihak terbabit lebih kepada ingin menguji tahap kesabaran umat Islam dalam isu penggunaan kalimah Allah dan merupakan provokasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat JAIS, di sini hari ini.
Yang turut hadir Setiausaha Agung Jati, Norman Toha.
Noor Azizan berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam perlu membuat laporan polis bagi membantah tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang jelas menentang titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri ini.
"Jati membuat laporan polis berhubung perkara ini kerana kita mendapati tindakan itu jelas provokasi kepada titah baginda Sultan Selangor," katanya.
Semalam Noor Azizan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, berhubung iklan dalam laman web beralamat http://www.necf.org.my dan akaun Facebook (www.facebook.com/Malaysia/My Home) tersebut di pejabatnya di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail.
Laman web dan akaun Facebook yang dipercayai milik gereja NECF itu menyiarkan iklan yang mempunyai mesej daripada pihak gereja tersebut yang mengandungi kalimah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan