Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata, majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.
SPF berkata, pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 8 Mei dan 11 Mei.
Selain itu, SPF berkata pihak berkuasa telah membatalkan pas lawatan dua daripada mereka.
Bagi baki 18 individu lagi, SPF berkata pas kerja mereka akan disemak semula sebaik sahaja siasatan lanjut selesai.
Polis menegaskan Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain, dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.
Katanya, warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang Singapura dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura.
SPF berkata, ini adalah prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA | hwa 15Mei
Tiada ulasan:
Catat Ulasan