9 Ogos 2011

Bina pelanggan setia UMNO

DUA minggu lalu saya mencadangkan supaya UMNO elok memikirkan untuk menstrukturkan dirinya bagi menghadapi cabaran-cabaran baru yang muncul dari alam kelilingnya. Dari situ saya menerima beberapa maklum balas yang menggambarkan keraguan tentang praktikalnya cadangan yang saya kemukakan.

Ada yang mengatakan bahawa risiko perpecahan lebih besar dengan struktur yang saya cadangkan berbanding struktur sedia ada yang sudah tahan uji bertahun-tahun. Ada juga yang mengatakan bahawa dengan sistem badan gabungan yang saya cadangkan itu, perebutan jawatan di pusat akan lebih ganas daripada sistem sedia ada.

Hujah mereka yang sangat baik dan munasabah ialah soal kesetiaan. Mereka yang percaya kepada struktur sedia ada merasakan kesetiaan kepada UMNO akan lebih kukuh dalam sistem itu berbanding jika pemimpin dipilih melalui pelbagai badan gabungan UMNO yang mempunyai autonomi.

Saya mengakui hujah ini memang kuat tetapi saya terfikir pula bahawa kesetiaan yang disebutkan ialah kesetiaan ahli sedia ada dan bukan ahli-ahli baru yang belum mempunyai tradisi jiwa UMNO yang sudah berakar. Bagaimana pula dengan anak-anak muda yang mempunyai pilihan dalam pasaran yang terbuka luas?

Untuk menjawab persoalan saya itu, mungkin pemimpin UMNO yang sentiasa mengemas kini ilmu pemasaran perniagaan boleh mengemukakan pelbagai strategi mengekalkan atau menambah pelanggan. Jika itu dilakukan sekali lagi, cadangan struktur yang saya kemukakan itu kembali menjadi pilihan yang viable. Salah satu daripada tiang penting dalam strategi mengekalkan pelanggan setia ialah melakukan perancangan pemecahan pasar sasaran atau market segmentation.

UMNO telah pun melakukan market segmentation tetapi strateginya sangat ortodoks dan tradisional. Maksud saya sasaran pasar dilihat oleh UMNO hanya dalam dua bentuk iaitu umur dan gender yang hasilnya ialah Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri dan Putera UMNO.

UMNO tidak membuat pemecahan pasar mengikut idealisme, minat, gaya hidup, keperluan hidup dan pelbagai lagi yang semuanya itu mempengaruhi mereka menjadi pembeli berulang produk UMNO. Jika ada pun UMNO melakukannya, ia hanya bersifat kecenderungan pemimpin semasa, bukan sistem yang terbina dari dalam yang mewajibkannya melakukan pengkhususan itu.

Dalam dunia pemasaran perniagaan, pelanggan setia diertikan dengan mudah iaitu mereka yang menjadi pelanggan yang datang berulang-ulang membeli sesuatu produk. Mereka selalu disebut sebagai repeat customer.

Pemecahan pasar UMNO hanya dua aspek iaitu gender dan umur bukanlah terlalu buruk tetapi keupayaan kapten pemasar akan menjadi terhad. Fokus, kemahiran dan strategi tidak dikhususkan kepada sasaran pasaran yang unik.

Mungkin UMNO selama ini merasakan pendekatan-pendekatan unik dan khusus tidak perlu kepadanya kerana dia melihat dirinya sebagai komoditi keperluan asas. Suka atau tidak suka orang akan tetap membeli. Namun dalam dunia yang sudah berubah jauh rupanya dalam komoditi pun sudah ada pihak yang menggunakan pendekatan pemasaran komoditi prime.

Orang pemasaran selalu memecahkan produk kepada dua iaitu produk komoditi dan produk prime. Produk komoditi mengutamakan jumlah atau volume untuk mengira untung rugi sebaliknya produk prime mengutamakan nilai.

Komoditi mungkin boleh dijual di tepi jalan (kerana diperlukan ramai) sementara produk prime akan dijual menggunakan showroom di tempat yang berprestij.

Isu penting perlu diputuskan oleh pemimpin UMNO sekarang ialah secara konsepsinya apakah kedudukan UMNO di pasaran? UMNO sebagai produk komoditi atau sebagai produk prime?

Pesaing UMNO mungkin sudah menggunakan pendekatan pujukan pasaran dengan mengatakan 'biarkan UMNO kekal menjual komoditi tetapi kami menjual style atau gaya hidup'. Inilah yang saya lihat: pesaing UMNO sedang memalu gendang menjual gaya hidup.

Menjual gaya hidup menyebabkan UMNO mempunyai saingan autoriti yang selari atau parallel authority. Mereka tidak lagi berkongsi lebuh raya pemasaran dengan UMNO.

Mereka telah mencipta lebuh raya mereka sendiri. Mereka bebas bergerak dalam lebuh raya mereka yang UMNO sudah tidak mempunyai kuasa mencampuri atau memasukinya, apalagi menguatkuasakan kehendaknya di lebuh raya yang bukan miliknya itu.

Akibatnya sebahagian daripada pelanggan yang tidak pernah duduk di dalam UMNO atau pelanggan yang telah meninggalkan UMNO melihat di dalam negara sudah wujud dua kerajaan.

UMNO tidak lagi penguasa tunggal kerajaan dalam erti kata memberi tafsiran tunggal terhadap apa yang baik untuk mereka. Fatwa tentang kebenaran dan kebaikan sentiasa dicabar dengan itu dia telah tidak tunggal lagi.

Walaupun seperti jelas adanya pembahagian antara pelanggan setia kepada lebuh raya UMNO dan ada pula pelanggan setia lebuh raya baru namun market share mereka yang berulang alik menggunakan jalan-jalan kecil dan sekali skala memasuki lebuh raya bertol UMNO atau yang satu lagi masih sangat besar.

Mereka ini mempunyai cita rasa yang berlainan. Jika UMNO atau lawan UMNO ingin memperbesarkan saiz pasar, mereka perlu memujuk kumpulan ini daripada menjadi pelanggan bebas kepada pelanggan setia.

Dalam dunia golf, jenama Big Bertha pernah mencipta pasaran pelanggan golf yang telah tepu dengan mencipta club, yang di panggil over-sized, melebihi besar saiz biasa, sedangkan ketika itu 'club' golf yang berkepala kecil kebanyakannya digunakan oleh orang yang benar-benar menyukai golf. Mereka yang baharu berjinak dengan golf akan segera put off meninggalkan golf kerana kecewa oleh susahnya memukul bola yang kecil dengan kepala 'club' yang kecil.

Syarikat Callaway melihat peluang mencipta pasar baru dengan menghasilkan Big Bertha yang berkepala besar menyebabkan orang yang baru berjinak dengan golf atau tidak pernah memegang kayu golf tiba-tiba menyukainya dan termotivasi kerana setiap pukulannya kena kepada bola berbanding dengan club yang berkepala kecil.

Pilihan lain kepada Callaway ialah mencipta permainan lain yang menggunakan bola yang lebih besar, dengan yang demikian nama permainan itu bukan lagi golf. Itu bermaksud Callaway terus keluar daripada keseluruhan pasaran.

Dari situ dapat dilihat Callaway telah keluar dari kelompok persaingan menjual set golf kepada kumpulan yang sama dan terhad kepada mencipta pasar baru iaitu mereka yang mulanya bukan pemain golf. Hasil ciptaan itu rupanya memberi kesan juga kepada pemain golf sedia ada dan yang telah lama kerana dengan set baru itu skor pukulan mereka menjadi lebih baik.

Akhirnya untuk tempoh satu masa Callaway bukan sahaja mencipta pelanggan baru tetapi berkesudahan telah membolot keseluruhan pasaran yang pada mulanya dia hanya bertujuan melakukan segmentation.

Dalam dunia pasaran perniagaan, sekiranya sesuatu produk itu menguntungkan pasaran akan cepat menjadi crowded. Mereka yang letih bersaing dengan margin keuntungan yang kian mengecil dan kos pemasaran terasa tinggi akan cepat-cepat keluar dari pasar yang terlalu 'macet' lalu mencipta pasar baru.

Adakah UMNO masih terasa selesa dalam pasar yang sedia ada atau berminat mencipta pasar baru untuk menukar non-players menjadi pemain UMNO yang bertenaga dan meriah?

Sekali lagi UMNO dilihat perlu menstrukturkan dirinya bagi mencipta pengkhususan untuk membolehkannya mencipta pasar-pasar baru untuk mencipta pula pelanggan baru dan berulang. Untuk mencipta pasar baru kapten pemasaran mesti sangat kreatif dan penuh taktikal.

Jika pasukan bola Harimau Malaysia sudah mula memikirkan untuk mengadakan pasukan pakar taktikal, mungkinkah UMNO juga demikian atau UMNO memang sudah memilikinya?

/hwa: utusan.com.my | 9/8/11

Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemimpin Melayu sepatutnya bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.

Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.

Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.

Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.

"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.

/hwa: utusan.com.my | 8/8/11

1 Ogos 2011

Pembangkang bagai ada tak kena'

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tindakan pemimpin Pas membelakangkan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memujuk Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai gabungan itu menunjukkan bagai ada yang tidak kena dalam pakatan tersebut.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh berkata, sewajarnya Pas menjelaskan punca sebenar pemimpin mereka berbuat demikian bagi membolehkan rakyat menilai keutuhan gabungan itu.

Katanya, adalah tidak mustahil tindakan Pas itu didorong oleh keyakinan mereka bahawa Anwar akan disabitkan dengan pertuduhan yang dihadapinya lalu mula mencari jalan selamat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kita pun mahu tahu juga kenapa perkara ini dirahsiakan daripada Anwar? Apakah (Presiden DAP) Karpal Singh dan (Timbalan Presiden Pas) Mat Sabu yang sememangnya tahu kegiatan Anwar sudah menjangkakan sesuatu?

"Justeru, Pas perlu menjelaskan rasional tindakan mereka itu. Tengku Razaleigh juga mungkin perlu tampil untuk menjelaskan kedudukan sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed kelmarin mengenai pelawaan pembangkang kepada Tengku Razaleigh itu.

Menurut Zahrain, beliau percaya tindakan itu merupakan persediaan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 di mana mereka memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar sekiranya Penasihat Umum PKR itu dipenjarakan.

/hwa: utusan.com.my | 1/8/11

29 Julai 2011

Ramadan dan tazkirah politik

RAMADAN kali ini dijangka disambut pada 1 Ogos. Pada tarikh itu seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadat puasa dan ketika itu masjid, surau dan madrasah menjadi tumpuan untuk menggandakan ibadat termasuk mengerjakan solat jemaah sunat tarawih.

Ketika masjid menjadi tumpuan, ada pihak turut menggunakan peluang itu mengadakan tazkirah politik dengan mengambil beberapa potong ayat al-Quran bagi menyelitkan mesej bersesuaian dengan kehendak mereka. Suasana ibadat diselangselikan dengan kupasan politik, termasuk mengasak minda jemaah dengan pelbagai sedutan sinis sehingga mengelirukan umum.

Seharusnya bulan penuh keberkatan ini, tidak diadunkan dengan kepentingan politik. Seharusnya, bulan yang digandakan dengan kelebihan pahala beribadat tidak dikotori dengan pengembangan ideologi dan kepentingan peribadi pemimpin meskipun atas alasan bertemu kariah.

Puasa sepanjang Ramadan sebagai latihan mempersiapkan diri untuk memahami bahawa pembersihan jiwa dan rohani adalah hakikat kehidupan. Pembersihan ini akan membangunkan rasa kasih sayang, kesabaran, murah hati, ikhlas, bercakap benar, mengawal tingkah laku dan kata-kata.

Secara dalaman, berpuasa ini dapat melatih jiwa yang tenang dan menghargai orang lain, termasuk golongan miskin. Pemaparan pelbagai bentuk kesusahan, kegetiran hidup golongan yang kurang bernasib baik mampu menggerakkan jiwa simpati orang Islam untuk meyakini diri sendiri, syukur dengan rezeki diperoleh dan menghindari sikap tamak haloba.

Sepanjang Ramadan juga gangguan dalam bentuk tarikan negatif seperti dengki khianat dan rasa riak diri dapat dikekang kerana anasir yang menggoda seakan dirantaikan aktivitinya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada kejahatan, pembohongan dan khianat akan berlaku.

Nafsu lapar manusia akan mudah terpengaruh dengan lambakan makanan di pasar Ramadan. Ketika inilah sikap tidak boleh mengawal nafsu menyebabkan sebahagian besar umat Islam berbelanja lebih. Mereka berhabis, berhutang dan mempertontonkan lagak dengan pakaian serba baru, peralatan rumah,kuih-muih beraneka sehingga menyebabkan peniaga memasangi tarikan melariskan barangan mereka.

Dari aspek kesihatan, berpuasa merehatkan alat pengisar semulajadi dalam tubuh daripada memproses makanan sebagaimana dialaminya pada bulan lain. Dengan berpuasa selama 12 jam setiap hari, proses pencernaan berhenti seketika untuk berehat. Dengan mengamalkan ibadat puasa, organ dalam tubuh mempunyai masa menjadi lebih teratur dan berkesan untuk melakukan tindakan pencernaan.

Ramadan juga dikatakan berbentuk syahrul ibadah (bulan ibadah), nilai ibadat yang sangat tinggi. Bulan syahrul fath pula bermakna bulan kemenangan, iaitu berjaya mengekang nafsu dan -keinginan tertentu.

Sebagai bulan petunjuk, wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW telah membawa obor agama yang sukar untuk dipertikaikan. Sebagai "Syahrul Huda" (bulan petunjuk), sebagai kalam Allah, al-Quran bukan sahaja terpelihara sebagai bahan simpanan. Al-Quran menjadi petunjuk dari era kehidupan dan berinteraksi dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada bulan Ramadan, disebabkan banyak dosa akan dihapuskan oleh Allah SWT, dosa antara manusia dengan Sang Pencipta, bulan ini turut dikenali sebagai "Syahrul Ghufran" (bulan penuh pengampunan). Pada bulan ini, dipermudahkan pintu pengampunan dan pembebasan dari api neraka.

Al-Quran diturunkan pada Ramadan juga sebagai isyarat bahawa kita dianjurkan lebih banyak membaca dan mempelajarinya dengan harapan mendapat petunjuk. Pada bulan ini orang yang berpuasa telah menyiapkan wadah hatinya yang sudah disucikan melalui puasa untuk menerima petunjuk Ilahi. Kerana itu, setiap ayat yang diturunkan mempunyai nuzulnya. Antara tujuan nuzul al-Quran ialah:

1. Membersihkan akal dan jiwa dari segala bentuk syirik serta memantapkan keyakinan tentang keesaan Tuhan.

2. Mengajarkan kemanusiaan yang adil dan beradab yakni umat manusia seharusnya dapat bekerjasama dalam pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan tugas kekhalifahan.

3. Untuk menciptakan persatuan dan kesatuan, bukan saja antara suku atau bangsa, tetapi kesatuan alam semesta, kehidupan dunia dan akhirat, ilmu, iman, dan rasio, kebenaran, keperibadian manusia, kesatuan kemerdekaan, sosial, politik dan ekonomi, dan kesemuanya berada di bawah satu keesaan, iaitu keesaan Allah SWT.

4. Mengajak manusia berfikir dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara melalui musyawarah.

5. Membasmi kemiskinan material dan spiritual, kebodohan, penyakit, dan penderitaan hidup, serta pemerasaan manusia atas manusia, dalam bidang sosial, ekonomi politik dan agama.

6. Memadukan kebenaran dan keadilan dengan rahmat dan kasih sayang dengan menjadikan keadilan sosial sebagai landasan kehidupan masyarakat.

7. Memberi jalan tengah antara falsafah monopoli kapitalisme dengan falsafah kolektif komunisme, menciptakan ummatan wasathan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

8. Menekankan peranan ilmu dan teknologi, bagi menciptakan satu peradaban yang sesuai dengan jati diri manusia, dengan panduan Nur Ilahi.

Dari hakikat inilah umat Islam harus kembali menghayati al-Quran. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 24 bermaksud, "Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? "Bagaimana al-Quran dapat dijadikan sebagai petunjuk, penjelasan dan pembeza antara yang makruf dan mungkar jika pintu hati sentiasa tertutup untuknya.

Hati yang tertutup inilah yang dinyatakan dalam al-Quran surah Al-Araf ayat 179 yang bermaksud:": Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam itu banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat".

/hwa: utusan.com.my | 29/7/11

28 Julai 2011

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2011

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral untuk menghadiri majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2011 di Kuala Lumpur, hari ini. Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. - Foto Afendi Mohamed

BH: Jul 27, 2011 9:18 pm

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2011

PELATIH Khidmat Negara mengibarkan Jalur Gemilang pada pelancaran majlis Kibar Jalur Gemilang di KL Sentral hari ini. - Foto Yong Chee Choong
BH: Jul 27, 2011 9:21 pm

24 Julai 2011

Konvensyen BN Terengganu 2011

Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan merasmikan Penutupan Konvensyen BN Terengganu 2011 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Terengganu di Primula Beach Hotel pada hari Sabtu, 23 Julai 2011.

Jentera BN Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 - Ahmad

KUALA TERENGGANU, 23 Julai (Bernama) -- Jentera parti Barisan Nasional (BN) semua peringkat telah lama digerakkan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata pimpinan parti juga telah digesa supaya turun padang bertemu rakyat, mungkin membayangkan tarikh pilihan raya umum semakin hampir.

"Mungkin dah ada petanda tertentu, kita tak tahu, tapi kita bersedia untuk menghadapinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Konvensyen BN Terengganu 2011 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Terengganu di sini, hari Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan pemimpin Umno negeri, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta pimpinan parti komponen BN negeri itu.

Konvensyen dengan tema 'BN Di hatiku' berlangsung selama dua hari bermula semalam sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang ke-13 akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata konvensyen itu diharap dapat memberi impak positif kepada BN Terengganu.

Beliau berkata BN perlu menekankan konsep 'selling' dan 'marketing' ataupun jualan dan pemasaran supaya parti itu dekat di hati rakyat.

Jelasnya, pemimpin perlu secara individu turun berjumpa dengan rakyat dan mempromosi parti sebagai produk jualan mereka.

"Kita ada pesaing, pesaing kita adalah PAS, DAP, itu pesaing kita. Rakyat adalah pelanggan yang terpenting dan segalanya adalah untuk rakyat," katanya.

Katanya ia boleh dilaksanakan dengan menggunakan konsep 5P atau produk (Product) iaitu BN, Price (harga) atau kos program yang dilaksanakan, Place (tempat) atau di mana produk itu dijual seperti di kawasan peti undi yang kalah atau di kawasan atas pagar, Promotion (promosi) yang baik mengenai BN dan People (pelaksana) iaitu pemimpin dan anggota parti di bawah BN yang melaksanakannya.

Sementara itu, sebanyak 13 resolusi dirumuskan dalam konvensyen itu dan kesemua resolusi itu akan dikemukakan sebagai intipati utama yang perlu dijadikan asas untuk merangka gerakan dan gagasan ke arah pemerkasaan BN, memperkukuhkan pentadbiran kerajaan, memenangi hati rakyat dan pilihan raya umum ke-13.

/hwa: bernama.com.my | 23/7/11

Perhimpunan 9 Julai: Bersih Tak Menang, BN Tak Rugi, Tapi Rakyat Meluat

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Beberapa penganalisis politik membuat kesimpulan bahawa setelah berlalunya perhimpunan haram pada 9 Julai, penganjurnya tidak mendapat sebarang keuntungan dan kerajaan Barisan Nasional pula tidak rugi apa-apa.

Mereka berpendapat perhimpunan haram berkenaan gagal memenuhi impian penganjurnya, iaitu satu badan tidak berdaftar dikenali Bersih, untuk melemahkan kedudukan BN atau meningkatkan sokongan terhadap pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS.

Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata asas bagi kesimpulan yang dibuat itu mudah sahaja iaitu biar betapa hebatpun pakatan pembangkang memainkan isu perhimpunan haram berkenaan, pengundi Melayu di luar bandar tetap akan memberi sokongan kepada BN berikutan kejayaan parti gabungan itu membawa kemakmuran, keamanan dan keharmonian kepada negara.

"Begitu juga halnya, biar apa jua label yang diberikan, penyokong tegar Pakatan Rakyat akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, kata beliau, persoalan yang masih wujud ialah sama ada perhimpunan haram 9 Julai itu memberi kesan terhadap pendirian golongan atas pagar memandangkan penyokong Bersih lantang mendakwa mereka meraih kejayaan daripada kegiatan itu.

Sivamurugan berkata di peringkat lapangan pula, kempen politik akan berterusan dengan satu pihak cuba memberi gambaran positif tentang apa yang mereka sifatkan sebagai pencapaian perhimpunan haram itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata majoriti rakyat Malaysia terutama di ibu negara dan Lembah Klang tidak menyokong perhimpunan haram itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengkritik perhimpunan haram itu kerana telah mencetuskan kekacauan, manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan haram itu hanya disertai 5,000 atau 6,000 orang, walaupun pembangkang menyifatkannya sebagai suatu kejayaan dengan mendakwa ia disertai 50,000 orang.

Sivamurugan berkata BN berharap sokongan penduduk di luar Lembah Klang terhadapnya tidak terjejas berikutan demonstrasi haram itu, manakala pembangkang pula menaruh harapan agar ia mewujudkan gelombang sebelum barlangsungnya pilihan raya umum akan datang, seperti momentum yang telah mereka raih daripada perhimpunan haram Bersih 2007.

"Secara umumnya, mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan Selangor tidak begitu peduli tentang perhimpunan itu, manakala sejumlah anggota pembangkang yang menyertai perhimpunan haram itu masih tidak pasti mengenainya. Oleh itu, ada orang berkata perhimpunan haram itu akan membawa kepada perubahan selera pengundi dan ada pula yang menolaknya," kata beliau.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik berpendapat sesetengah orang bersifat mudah lupa dan sekiranya pilihan raya umum diadakan beberapa bulan akan datang atau tahun depan, semuanya mungkin terhapus daripada ingatan mereka, lebih-lebih lagi sekiranya kerajaan BN mengumumkan pelbagai dasar bersifat mesra rakyat untuk meluputkan kesan daripada perhimpunan haram itu.

Pensyarah Azli Abdullah berkata walau apapun dakwaan penganjur perhimpunan haram itu, perubahan selera pengundi boleh berlaku secara dua hala lebih-lebih lagi apabila ramai pengundi dapat melihat dengan jelas dan menghargai keberkesanan kerajaan dalam menanganinya.

"Walaupun begitu teruk dicabar, pihak berkuasa tetap bertindak dalam lingkungan bidang kuasa mereka dan berjaya mencegah berlakunya kejadian tidak diingini. Hakikat bahawa polis berjaya mematahkannya menjadi berterusan, amat dihargai oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya.

Azli berkata setelah sekian lama tergolong dalam kalangan berjuta-juta majoriti senyap, kini beliau berasa terpanggil untuk menyatakan secara terang-terangan bahawa beliau tidak lagi mempunyai sebarang simpati terhadap pembangkang, lebih-lebih lagi kumpulan pengacau, yang dengan jelas telah menghumban sepenuhnya perasaan cintakan negara.

"Rakyat Malaysia jenis apakah mereka ini? Mereka sanggup bersekongkol dengan media asing semata-mata untuk memburuk-burukkan Malaysia dengan memberi gambaran seolah-olah negara bertuah ini akan terjerumus ke lembah kekacauan selepas Mesir dan sebagainya," kata beliau.

Tetapi, yang pasti, pembangkang akan terus melaungkan lapan perkara yang dituntut oleh Bersih dengan harapan ia mengganggu kelancaran rancangan Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pas berkata ia akan mengadakan satu lagi perhimpunan sebelum pilihan raya umum akan datang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan perubahan seperti yang dituntut, walaupun SPR telah memberi penjelasan bahawa sesetengah tuntutan itu hanya boleh dilaksanakan oleh Parlimen.

Ramai pemerhati berpendapat perhimpunan haram 9 Julai itu membawa kerugian ekonomi kepada negara dan golongan tertentu.

"Selain masa dan petrol yang dibazirkan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya, perniagaan kecil dan sederhana di Lembah Klang mengalami kerugian besar. Orang dan barangan dihalang daripada memasuki bandar raya ini, manakala berjuta-juta ringgit menjadi beku dan terhalang daripada memasuki pasaran.

"Kecergasan ekonomi bergantung kepada pengaliran dana. Wang berjuta-juta ringgit yang tersekat itu mungkin mengakibatkan kerugian sekali atau dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlahnya, terutama pada hujung minggu. Kepada siapa peniaga kecil hendak menuntut pampasan?" kata seorang penganalisis dari sebuah syarikat broker saham yang enggan dikenali.

Kerajaan pula terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk untuk mengerahkan anggota polis dari negeri lain ke ibu negara bagi mengawal keadaan dan memelihara ketenteraman awam.

Sekiranya kesemua 1,667 penujuk perasaan yang ditahan semasa perhimpunan haram itu dibawa ke muka pengadilan, mahkamah perlu menggunakan banyak sumber untuk mengendalikannya, dan ini melibatkan kos dan masa.

Pakatan pembangkang menganggarkan mereka membelanjakan RM150,000 untuk mengadakan perhimpunan haram itu, termasuk membayar wang ikat jamin penunjuk perasaan yang ditangkap, manakala kerajaan pula menganggarkan jumlah yang terpaksa ditanggungnya 10 kali lebih tinggi daripada itu.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata ekonomi dunia telah telah menurun dan ini mungkin menyebabkan Eropah mengalami krisis ekonomi, yang akhirnya akan memberi kesan kepada negara lain di seluruh dunia.

"Berikutan keadaan ini, kerajaan yang memerintah sekarang perlu diberi peluang untuk menumpukan terhadap usaha mencergaskan semula ekonomi dan pihak-pihak yang bertelagah perlu mengetepikan perbalahan politik sesama mereka demi kebaikan negara. Masa yang ada sepatutnya digunakan untuk memajukan negara," kata Pheng.

Memang tepat kata-kata beliau itu kerana biar betapa lantang atau berapa kerap sesuatu pihak itu memenuhi jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan, dalam sistem demokrasi, setiap pemilih hanya mempunyai satu undi.

/hwa: bernama.com.my | 22/7/11

11 Julai 2011

Peniaga terharu terima lawatan Perdana Menteri


Najib Tun Razak mengadakan lawatan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam sehari selepas berlangsungnya perhimpunan haram Bersih.

KUALA LUMPUR 10 Julai - Beberapa peniaga di sekitar Jalan Masjid India di sini berasa terharu dan lega dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan perniagaan itu hari ini.

Bagi mereka, tinjauan mesra Najib membuktikan keprihatinan beliau terhadap golongan itu terutama para peniaga kecil yang terpaksa menutup operasi selama sehari ekoran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara semalam.

Pemborong tudung, Hinchon Abdullah, 45, berkata, kehadiran Perdana Menteri di premis perniagaannya walaupun hanya beberapa minit memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perniagaan.

"Biasanya pada hari Sabtu saya boleh menjual sehingga RM30,000 kerana para peniaga tudung di sekitar Lembah Klang mengambil stok masing-masing pada hari berkenaan.

"Jadi sewaktu Perdana Menteri lalu di hadapan kedai saya tadi, saya mengambil kesempatan untuk mengadu kepada beliau. Datuk Najib kata 'nanti saya marah Bersih," katanya.

Penjual beg, Asrul Zulkifli, 26, berkata, kesempatan bertemu Najib yang singgah di kedainya di Bazar Moden Jalan Melayu Masjid India membuktikan beliau amat mengambil berat masalah rakyat termasuk peniaga.

"Akibat penutupan kedai saya semalam, saya rugi kira-kira RM2,000 kerana ramai pembeli berkunjung ke sini pada malam minggu ekoran pasar malam berdekatan.

"Selain memberi semangat akibat kerugian itu, Perdana Menteri turut berjanji untuk menambah baik kawasan perniagaan ini kerana ini sahajalah bazar Melayu moden yang tinggal di sini," katanya.

Pengurus Madras Jewellers Sdn. Bhd., M. Vasudevan, 34, memberitahu, syarikat itu mengalami kerugian kira-kira RM100,000 akibat premis terpaksa ditutup selama satu hari semalam.

"Perdana Menteri mengambil inisiatif untuk bertanyakan khabar saya serta para pekerja lain yang terkesan akibat penutupan kedai emas ini semalam.

"Saya berasa gembira serta terharu dan saya turut bertanyakan khabar Datuk Seri Najib dalam pertemuan itu," ujarnya.

/hwa: utusan.com.my | 11/7/11

Anwar petualang negara


Najib Tun Razak mengangkat tangan selepas memberi ucapan pada majlis Penerangan Perdana di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Antara yang hadir pada majlis itu termasuklah wakil-wakil daripada UMNO, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan GLC.

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.

"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri anjuran Ketua Penerangan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, macam-macam cerita mengenai Anwar tetapi sehingga kini banyak yang tidak dijawab oleh Penasihat PKR itu termasuk yang terbaru mengenai jam tangan Omega.

"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.

"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, dulu, Anwar pernah mengatakan Pas bodoh serta menghentam Penasihat DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi sekarang mereka kawan baik yang dipeluknya.

"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.

"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, cara terbaik untuk menghadapi ancaman daripada orang seperti Anwar adalah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.

/hwa: utusan.com.my | 11/7/11

Penerangan Perdana

10 JULAI 2011: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat tangan selepas beliau memberi ucapan pada majlis Penerangan Perdana di PWTC, Kuala Lumpur. Turut hadir wakil-wakil daripada UMNO, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan GLC. Utusan/ASWAD YAHYA

9 Julai 2011

Lembah Klang My Rapid Transit (MRT)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) melihat paparan digital menunjukkan Lembah Klang My Rapid Transit (MRT) pada majlis pelancaran projek itu di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Effendy Rashid | BH - Jul 8, 2011 3:39 pm

6 Julai 2011

Bersih Agenda Pihak Luar Untuk Hancurkan Kerajaan – Prof Shamsul Amri


KUALA LUMPUR, 5 Julai – Penganalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin melihat tindakan pihak tertentu yang menggunakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sesuatu yang mempunyai agenda lain di sebaliknya dan bukanlah untuk niat yang jujur dan telus demi pilihan raya.

Katanya, kumpulan terbabit didalangi oleh pihak tertentu yang didominasi oleh golongan pembangkang biarpun mereka kononnya mahu melaksanakan atas tuntutan NGO tetapi ia telah didoktrin dari anasir-anasir luar untuk melihat huru-hara dalam negara.

“Salah satu kejayaan yang dicapai oleh pihak terbabit dalam usaha untuk mewujudkan huru-hara dan kekacauan adalah sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah, Tunisia, Mesir dan Libya dan penularan demonstrasi ini dirancang oleh pihak yang bertanggungjawab dari luar sementara yang menggerakkannya telah dipergunakan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Kata beliau, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengambil alih pentadbiran maka beliau telah menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya tidak mahu menyerang negara-negara lain sebaliknya menggalakkan cara demokrasi digunakan yang merangkumi jaringan sosial dalam pengaplikasiannya.

“Negara barat menumpukan perhatian terhadap ahli-ahli Parlimen dan belia yang bermasalah di seluruh dunia termasuklah di Malaysia juga dan mereka ini telah diberikan layanan termasuk diundang sama ada ke kedutaan atau berkunjung ke negara mereka untuk dilatih dan ditanamkan fahaman-fahaman yang boleh memporak-perandakan negara.

“Saya berkata demikian kerana mempunyai bukti dan sememangnya ada terdapat di kalangan pemimpin terbabit yang berbuat demikian,” katanya yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit.

Ujarnya lagi, kelompok terbabit telah diberi pendedahan bagaimana untuk mengorganisasikan ‘civil society’ yang sebagaimana telah terbukti dalam masyarakat di negara ini.

“Pihak terbabit yang dianggotai oleh pembangkang telah menggunakan kesempatan atas alasan Bersih sedangkan ini sebenarnya adalah lanjutan dari gerakan yang diatur oleh pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Inilah sikap pembangkang yang tidak fikir secara rasional sebaliknya hanya mencari kesalahan orang lain kerana apa yang penting bagi mereka adalah ‘perut sendiri’.”

Terang beliau lagi, istilah Bersih yang diwujudkan oleh golongan terbabit adalah tidak tepat kerana mereka mengandaikan bahawa kerajaan kotor sedangkan kekotoran ada di mana-mana.

“Mereka menamakan Bersih seolah-olah mereka adalah itu ‘bersih’ sedangkan apa yang mahu mereka perjuangkan juga adalah tidak bersih. Banyak kekotoran yang dilakukan oleh golongan pembangkang sama ada Ketua pembangkangnya bersama PKR, Pas dan Dap,” tambahnya.

hwa: umno-online.com | MediaUMNO - 6/7/11

Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong Satu Peringatan Terakhir

KAJANG, 4 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram pada 9 Julai ini merupakan peringatan terakhir kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan titah Tuanku Mizan jelas menunjukkan betapa seriusnya perkara itu kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian serta imej negara di peringkat antarabangsa.

Jelas beliau lagi perkembangan dan agenda perhimpunan itu, yang tidak sihat sehingga menjadi bahan berita antarabangsa, tidak menyenangkan Yang di-Pertuan Agong sehingga Seri Paduka terpaksa mengeluarkan titah khas bagi menyedarkan rakyat.

“Ini menunjukkan bahawa perkara ini serius. Saya berharap agar rakyat dapat melihatnya secara serius kerana tak mungkin Tuanku bertitah begitu rupa, (begitu juga) Raja-Raja kita yang lain selain ingatan-ingatan daripada pihak berkuasa,” katanya selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan melancarkan Skuad 1Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah menyeru rakyat negara ini tidak terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak.

Seri Paduka bertitah bahawa sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun perlu menyelesaikan permasalahan yang timbul secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Hishammuddin berkata titah khas Tuanku Mizan itu tepat pada masanya ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan sendiri terus memujuk dan menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan itu.

Sultan dan Raja-Raja Melayu juga diberi taklimat berhubung kait dengan aktivi gabungan NGO itu yang cuba memporak-perandakan kestabilan negara ,katanya.

Hishammuddin berkata polis sedia menghadapi anasir subversif dengan kaedah tersendiri termasuk menahan mereka yang terlibat di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih seriusberlaku.

/hwa: umno-online.c0m | 6/7/11

26 Jun 2011

Hanya kemenangan bawa erti


Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian perwakilan pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Selayang di Kuala Lumpur, semalam. Turut mengiringi beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, yang paling penting bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti politik adalah untuk berjaya dalam pilihan raya kerana menurutnya dalam politik hanya kemenangan membawa erti.

Justeru, Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu berkata, dalam pilihan raya tidak ada istilah naib johan, seperti mana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.

"Untuk pilihan raya hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita. Dan kita semua sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya.

"(Dan) kita tahu nasib parti yang kalah," kata Najib ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Selayang di Perangsang Templer Golf Club di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, yang penting dalam keadaan dan landskap politik hari ini adalah untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran kerana kalau menggunakan cara dan kaedah lama "kita boleh menang perang lama, perang baru tidak tentu lagi".

Menurut Perdana Menteri, sebagai parti politik dalam dunia demokrasi berparlimen, tidak ada parti di negara ini yang lebih cemerlang daripada UMNO dan BN dari segi kejayaan yang telah dicipta.

Namun, katanya, UMNO dan BN sedar bahawa kehebatan masa silam tidak akan menjamin kelangsungan kuasa pada masa akan datang.

Ini kerana, menurut beliau, landskap politik negara, persekitaran dan pemikiran masyarakat sudah banyak berubah berbanding masa-masa lalu dan menurutnya antara faktor membawa perubahan itu adalah ledakan revolusi maklumat dan tahap pendidikan semakin tinggi.

"Kita tidak boleh berbangga dengan kegemilangan sejarah. Bila berdepan dengan ancaman kita tidak boleh kaku, tidak mahu melakukan pembaharuan dan pembugaran, dan (jika) takut pada perubahan, orang lain akan menguasai kita sebab orang lain melakukan perubahan (tapi) kita tak lakukan perubahan. Kita tak boleh berbangga dengan simbol dan imej sahaja tetapi pengisiannya kurang," katanya.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri meminta anggota parti mewujudkan satu perikatan baru iaitu menjalin hubungan dan ikatan dengan pelbagai peringkat dan golongan masyarakat di kawasan masing-masing, bagi memastikan sokongan rakyat kepada parti.

"Satu perikatan baru di mana kita menjalin hubungan yang begitu baik dengan pelbagai golongan dalam kawasan sendiri. Kita mesti ada ikatan dengan orang miskin, golongan pertengahan, penjaja, peniaga, PIBG, badan belia, pertubuhan serta kalangan Melayu dan bukan Melayu. Merekalah yang akan tentukan sama ada UMNO menang dalam pilihan raya ataupun (tidak)," katanya.

/hwa: utusan.com.my | BERNAMA - 26/6/11

Siapa sebenarnya Ambiga?

KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA

/hwa: utusan.com.my | BERNAMA - 26/6/11

Two by two: A real-life Noah’s Ark

By Fann Sim | What’s buzzing?Fri, Jun 24, 2011

Johan Huiber's creation in biblical proportions. (Getty Images)

By Mike Krumboltz, Yahoo!

An hour outside of Amsterdam in Dordrecht, Netherlands, a ship is under construction. But this ain't your typical sailboat, bub. Johan Huibers is building a full-scale replica of Noah's ark.

Yes, that Noah's ark. And Johan, an expert builder, isn't skimping on the details. The ship, which he's been constructing for the past three years, is built to biblical specs. Johan culled information on the ark's size and shape directly from the good book. In the end, the ship is four stories high and the length of a football field. And yes, it's seaworthy.

The result is an incredibly impressive ship, especially considering it was realized simply by a man with a dream--or, perhaps, a nightmare. According to an interview with NBC's "The Today Show," Johan dreamt that Holland suffered a great flood. The next morning, he woke up determined to start preparing for that worst-case scenario.

The ship, which is not to be confused with the theme park in Kentucky that also honors Noah's ark, is generating a lot of interest in the search box. Over the past 24 hours, online lookups for "noah's ark photos" and "noah's ark real ship" have surged.

As for the craft proper, it's not complete yet, but it's getting close. The master plan is to sail the ship up the Thames in time for the London Olympics next year. Expect to see plenty of life-size plastic animals aboard (two of each type, of course).

/hwa: www.yahoo.com | 26/6/11

20 Jun 2011

Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.

/hwa: utusan.com.my | 20/6/11

19 Jun 2011

Siapa hina Islam?

Oleh BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat semalam mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia.

Strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur. Rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian. Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan Pas dalam manifesto PRU, hanya gimik.

Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am Pas itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya.

Cuma Awang hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan pada Rabu, 15 Jun dianggap menghina Islam. Sedangkan ia hanya menyindir pemimpin Pas kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalam laman blog.

Jika mahu pandangan lebih keras ikutilah komen Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin melalui zul4kulim.blogspot dan pengendali blog yang lain antaranya ruang bicara faisal.blogspot.com; www.papagomo.com; bumiyang.blogspot.com dan penembak-tepat.blogspot.com. Seandainya mahu pandangan yang seimbang rujuk kepada tulisan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (drmaza.com).

Awang juga tertanya-tanya mengapa karya kartunis aktivis pembangkang, Zunar yang terang-terang menghina Islam tidak pula berani disentuh oleh Nik Aziz. Persoalan lebih besar ialah siapakah sebenarnya yang menghina Islam? Seperti kata Zulkifli, sesungguhnya banyak tindak-tanduk Pas yang menghina dan menggugat umat Islam.

Pada Awang dan ramai lagi umat Islam di negara ini, kenyataan Nik Aziz sendiri banyak menghina dan memalukan Islam. Buatlah kajian ilmiah, pasti mudah membuat rumusan. Jika disenaraikan cukup banyak. Antaranya menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, mendakwa tuhan boleh mencarut, menjanjikan syurga kepada sesiapa yang undi Pas, pernah menuduh orang UMNO kafir, wanita cantik tidak boleh keluar bekerja dan banyak lagi yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Itu belum menyentuh tentang pendirian beliau yang menolak permuafakatan sesama parti Islam tetapi menjulang DAP yang menentang penubuhan negara Islam.

Lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa. Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?

/hwa: utusan.com.my | 19/6/11

Kambing-kambing betina yang bingung

WAHAI orang-orang yang beriman, renungilah maksud hadis ini. Dari Ibnu Umar RA, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikuti yang satu lagi. - SAHIH MUSLIM

Siapakah orang-orang yang bersifat kambing betina yang bingung ini? Jawapannya jelas, tanpa perlu banyak berfikir dan merujuk kepada banyak pihak.

Dulu puak kambing betina ini mengekori dengan penuh taksub kambing-kambing jantan yang berbulu putih lebat di kepala dan berjanggut juga putih. Mengekori dengan penuh taksub. Setiap gerak dan suara yang keluar daripada kambing berserban dan berjanggut ini akan diterima bulat-bulat.

Disuruh makan mereka makan, disuruh duduk mereka duduk, disuruh berdiri mereka berdiri, disuruh mengembik mereka mengembik, disuruh menanduk mereka menanduk, bahkan disuruh apa sahaja mereka akan lakukan.

Tiba-tiba lalu di depan mereka seekor kambing jantan yang berbulu hitam lebat di kepala. Maka kambing-kambing betina melihat suatu kelainan. Suara kambing jantan berkepala hitam itu juga lebih merdu dan enak didengar daripada suara kambing-kambing jantan yang berkepala putih.

Kambing jantan berkepala hitam itu juga kelihatan lebih berketrampilan. Pandai bermadah dan berkata-kata. Pandai juga bercakap seperti kambing-kambing di negara empat musim.

Lalu mereka pun mengekori pula kambing jantan berkepala hitam itu. Bukan sahaja mereka, malah kambing-kambing jantan yang berkepala putih turut mengekori kambing jantan berkepala hitam. Rupa-rupanya kambing-kambing jantan berkepala putih itu tidak mahu ditinggalkan oleh kambing-kambing betina yang mengekori kambing jantan berkepala hitam.

Bukan main seronok si kambing jantan berkepala hitam. Bukan sahaja banyak kambing betina yang sekarang mengekorinya, bahkan kambing-kambing jantan berkepala putih juga berduyun di belakangnya. Disuruh apa sahaja, mereka akan patuh. Malah mereka mengembek lebih kuat daripada kambing jantan berkepala hitam yang sekarang menjadi ketua mereka. Mereka juga sangat garang dan bersedia menanduk sesiapa sahaja atas arahan kambing jantan berkepala hitam.

Memang sudah lama si kambing jantan berkepala hitam ini mengidam untuk menjadi ketua, bukan sahaja ketua kambing, tetapi ketua kepada segala haiwan. Dia percaya kononnya Tuhan telah menjelmakannya di dunia untuk menjadi ketua kepada semua haiwan.

Anugerah

Sekarang semakin banyak kambing yang turut mempercayai kononnya dia adalah anugerah Tuhan untuk memimpin mereka ke padang ragut yang lebih hijau. Keyakinan mereka bertambah apabila melihat seekor singa tua dan beberapa ekor serigala turut mengekori dan berkawan rapat dengan kambing jantan berkepala hitam itu.

Dulu kambing jantan berkepala hitam itu pernah hampir-hampir menjadi ketua haiwan, tetapi perangainya yang buruk telah menyebabkan dia disingkir oleh ketua haiwan pada masa itu.

Oleh kerana dia percaya bahawa jawatan ketua haiwan itu adalah hak mutlaknya, maka dia sungguh marah dan tidak puas hati. Dia berdendam, terus merancang dan merancang bagaimana untuk menduduki kerusi jawatan ketua segala haiwan.

Sudah pelbagai muslihat digunakan, tetapi jawatan ketua haiwan itu masih belum berada dalam genggamannya. Dia tidak mengaku kalah dan akan terus berusaha sedaya upaya dengan apa cara jua sekalipun. Apatah lagi hampir semua kambing sudah seia sekata dengannya sekarang. Mereka sudah berikrar untuk sehidup semati bersamanya.

Disebabkan terlalu taksub dengan si kambing jantan berkepala hitam, mereka terlupa bahawa dalam kumpulan mereka ada singa dan serigala yang zahirnya berbaik-baik dengan mereka. Pada hal, si singa jantan tua dan gerombolan serigala itu hanya menunggu masa sahaja untuk membaham dan meratah kumpulan kambing yang bingung.

Para pembaca budiman. Kita tinggalkan kisah kambing ini. Kita kembali ke realiti kehidupan manusia di bumi Malaysia ini.

Tidak lama lagi, kalau tidak silap pada 9 Julai depan, akan berlangsunglah satu perhimpunan membantah sistem dan cara pelaksanaan pilihan raya di Malaysia.

Khabarnya perhimpunan itu dikepalai oleh seorang wanita bukan Islam. Yang ramai mahu menyertainya ialah lelaki-lelaki Islam, termasuk mereka yang berserban dan berkopiah putih. Mereka ini diperdaya dengan andaian kononnya mereka akan memperoleh kuasa memerintah negara jika pilihan raya umum benar-benar 'bersih.'

Antara mereka yang percaya ialah puak yang telah lama memegang kuasa memerintah negeri Kelantan. Tidakkah mereka terfikir, bolehkah puak mereka memerintah Kelantan begitu lama jika pilihan raya di negara ini sangat kotor dan mudah diputarbelit.

Kalangan yang menentang puak yang mahu berhimpun dan berarak ini juga berhujah, jika pilihan raya negara ini boleh diputarbelitkan, kenapa pembangkang boleh menang di lima negeri dalam pilihan raya umum 2008?

Kemudian diadakan beberapa pilihan raya kecil yang juga silih berganti dimenangi oleh pembangkang. Hanya pada kebelakangan ini arus pengundian tidak memihak kepada mereka kerana rakyat mulai sedar tentang siapa yang benar. Namun dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, pembangkang masih berjaya menambah kerusi.

Sebenarnya kumpulan ini hanya mahu mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia supaya turun ke jalan raya seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria. Padahal keadaan di Malaysia amat berbeza daripada negara-negara itu sama ada dari segi pengagihan pendapatan dan kebebasan yang dirungutkan.

Sebenarnya puak yang mahu berhimpun itu sudah hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi berpilihan raya kerana mereka tahu bahawa peluang mereka untuk menang dan memerintah negara tidak akan tercapai melalui kotak undi.

Soal keamanan tidak penting lagi bagi mereka. Yang penting hanyalah merampas kuasa dan memartabatkan ketua mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara sekalipun. Musuh-musuh Islam dari kalangan manusia dan syaitan-syaitan juga sedang bekerja untuk membantu mereka. Wahai pihak berkuasa, jangan sesekali tunduk kepada tekanan mereka.

Wahai orang-orang beriman. Berwaspadalah dan jangan biarkan mereka beraja di hati dan di mata. Marilah kita menadah tangan kepada Illahi.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Kepada-Mu kami berserah diri terhadap musuh-musuh-Mu yang juga musuh-musuh kami. Bantulah kami dalam menghadapi kegawatan ini. Selamatkanlah negara kami daripada segala angkara manusia durjana dan syaitan-syaitan yang mahu menyesatkan umat manusia daripada jalan yang benar. Perkenankanlah permintaan kami.

/hwa: utusan.com.my | 19/6/11

17 Jun 2011

‘Berani buat, berani tanggung’

KUALA LUMPUR 16 Jun – “Berani buat, berani tanggung”. Itu amaran Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar terhadap penganjur sekiranya terus berdegil untuk mengadakan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua di sini, pada 9 Julai ini.

Beliau menegaskan, undang-undang di negara ini adalah jelas dan pihak yang mempunyai maklumat wujudnya salah laku dalam pilihan raya di negara ini diminta membawanya ke mahkamah.

“Jika ada aduan salah laku pilihan raya, bawa ke mahkamah, bukan ke jalan raya. Jadi, jika masih berdegil untuk berhimpun secara haram, berani buat berani tanggung akibatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara (TAPPN) di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tegas Khalid lagi, pihaknya juga tidak akan berunding dengan penganjur perhimpunan itu kerana bimbang keselamatan awam akan terjejas.

Beliau menghormati hak asasi bersuara bagaimanapun tidak boleh berkompromi jika ada unsur yang boleh menjejaskan keselamatan awam.

“Kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku kerana berlaku dua pertembungan ideologi yang menyokong dan membantah.

“Pihak penganjur meyasarkan 500,000 orang untuk berhimpun, jadi mustahil untuk dipastikan keadaan tenang sepanjang perhimpunan tersebut,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Khalid memaklumkan pampasan kepada anggota keselamatan yang terkorban dinaikkan sejak awal tahun ini kepada RM22,000 berbanding RM18,000 sebelum ini.

Bagi anggota keselamatan yang mengalami kecederaan kekal pula mendapat pampasan RM30,000 berbanding RM22,000.

Anggota yang cedera parah dan terpaksa berhenti perkhidmatan akan menerima imbuhan RM15,000 manakala yang cedera kekal tetapi mampu berkhidmat pula memperoleh RM10,500.

Balu kepada anggota yang menerima pencen terbitan kurang daripada RM800 sebulan akan mendapat bantuan sara hidup berbanding syarat penerima pencen kurang daripada RM400 sebulan, sebelum ini.

Khalid memberitahu, seramai lapan anggota polis terlibat dalam kemalangan jiwa dan kecederaan ketika bertugas sejak awal tahun ini berbanding 48 orang tahun lalu yang mencatatkan tujuh kematian.

/hwa: utusan.com.my | 17/6/11

14 Jun 2011

Blair baca al-Quran setiap hari

LONDON 13 Jun - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair (gambar) yang sebelum ini terkenal dengan pendirian tegasnya untuk tidak bercakap mengenai agama semalam mendedahkan bahawa beliau membaca al-Quran setiap hari.

Pemimpin Parti Buruh itu berkata, beliau membaca kitab suci yang dianggap sebagai 'perkataan' Allah oleh umat Islam itu bagi memastikan kefahamannya terhadap agama terus kukuh.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan semalam, Blair berkata, adalah penting untuk memastikan kefahaman pada agama terus kukuh dalam keadaan dunia global.

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami perkara yang berlaku di dunia, tetapi paling penting kitab ini sangat penuh dengan maklumat dan boleh menjadi sumber rujukan," katanya.

Blair berkata, pengetahuan agama yang dipelajarinya dapat membantu beliau menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia.

Blair sebelum ini pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad SAW sebagai 'penggerak dunia bertamadun'.

Pada 2006, bekas Perdana Menteri Britain itu pernah melambangkan al-Quran sebagai sebuah kitab yang penuh dengan sumber maklumat dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam soal perkahwinan, wanita dan pemerintahan.

Dalam wawancaranya itu, Blair turut menolak dakwaan yang mengatakan beliau melaksanakan 'Perang Salib' Kristian semasa mengetuai pencerobohan Britain di Iraq.

Bekas ejen kawasan pilihan rayanya, John Burton dua tahun lalu berkata, Blair 'percaya ketika itu bahawa campur tangan di Kosovo, Sierra Leone dan Iraq merupakan satu perjuangan Kristian, kebaikan harus mengatasi kejahatan bagi membuatkan kehidupan lebih baik'.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, 'orang ramai masih bertanya jika keputusan berperang di Iraq dan Afghanistan dibuat berdasarkan arahan Tuhan.

"Mengarut sama sekali. Sudah tentu bukan. Kalaulah saya boleh duduk di satu sudut untuk berdoa, saya akan bertanya kepada Tuhan apakah upah minimum yang boleh saya perolehi," katanya. - Agensi

/hwa: utusan.com.my | 14/6/11

12 Jun 2011

Pelajar Besut terpilih ke Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa Doha

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari daerah ini berjaya mewakili negara ke Pusingan Akhir Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar akhir bulan ini.

Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh akan ditemani bapanya, Nurunnajmi Yaacob, 40 seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut ke Doha nanti.

Tilawah Al-Quran itu dianjur oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV, Al-Jazeera.

Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu sejarah selepas lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar sebelum ini.

Ketika ditemui di rumahnya hari ini, Nurunnajmi berkata, anak kedua daripada empat beradik itu terpilih setelah beliau menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara dan tiga termasuk Nurussyahamah melepasi ujian berkenaan.

"Ujian kedua diadakan pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia ke pertandingan yang dijangka diadakan akhir bulan ini sebelum tiga daripadanya pula menyertai peringkat akhir dalam bulan Ramadan nanti," katanya.

Katanya, sebelum itu kerajaan Qatar telah melakukan penyaringan kepada lebih 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Menurutnya, Nurussyahamah meminati Al-Quran sejak kecil dan telah mula membaca sejak berumur empat tahun.

Nurussyahamah pernah menjadi johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada tahun 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia.

/hwa: bharian.com.my | bernama - 12/6/11

Terengganu Juara Piala FA 2011

BARISAN pemain Terengganu meraikan kejayaan menewaskan Kelantan 2-1 untuk muncul juara pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan trofi kejuaraan kepada ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof. Turut sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 12 Jun. MINGGUAN/Aswad Yahya
GELAGAT penyokong fanatik Pasukan Terengganu mengecat muka dengan warna bendera Terengganu ketika tiba menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 11 Jun. UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
Milik siapakah piala ini!

3 April 2011

Walkabout

2 APRIL 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan bersama orang ramai semasa mengadakan program Walkabout di Medan Selera Pasar Awam Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang. - Utusan/SAZALI CHE DIN