Selamat Menunai Ibadat Haji... semoga mendapat Haji yang Mabrur. Jangan lupa berdoa untuk kesejateraan umat Islam seluruhnya dan keselamatan dan keamanan untuk bumi Malaysia tercinta. Demi Maruah...
31 Oktober 2008
Lambaian Kaabah...
JEMAAH haji kumpulan pertama berbaris untuk menaiki bas dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Mekah, semalam.******
Rombongan pertama 355 jemaah haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci Mekah, semalam.
Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengucapkan selamat jalan kepada rombongan tersebut dalam satu majlis di Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor.
Pada tahun ini, kira-kira 27,000 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah tersebut dengan kumpulan pertama berlepas semalam dan dijangka pulang ke tanah air pada 13 Disember ini.

- UM, Jumaat 31/10/08.
30 Oktober 2008
Debat Terbuka Hanya Beri Peluang Pembangkang Manipulasi Umno, Kata Mukhriz
ALOR STAR, 28 Okt (Bernama) -- Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata debat terbuka bagi calon yang bertanding jawatan dalam parti itu hanya mendedahkan soal dalaman parti kepada umum yang akan dimanipulasi oleh pembangkang.Katanya perdebatan terbuka ala-Amerika hanya untuk pemilihan dalaman parti tidak sesuai pada masa pencalonan berjalan lancar dan perwakilan telah mengenali rapat calon-calon yang menawarkan diri bertanding.
"Tidak guna bercakap tentang misi, visi dan rancangan masa depan jika soal rasuah politik yang lebih penting terus berleluasa," katanya ketika diminta mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda yang juga calon Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat terbuka di kalangan calon yang akan bertanding jawatan tersebut.
Khairy ketika membuat cadangan itu baru-baru ini berkata Umno perlukan satu forum apabila menjadi parti terbuka supaya setiap calon dapat menampilkan diri kepada seluruh rakyat Malaysia dan cadangan itu disokong seorang lagi calon jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tetapi ditolak Mukhriz.
Mukhriz yang ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri KEMAS Jerlun di Jerlun, 30 km dari sini, hari ini, berkata pembangkang pasti mengambil kesempatan memanipulasi perdebatan itu dan ia akan memberi kesan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.
Mukhriz juga ingin tahu pandangan calon-calon yang menawarkan diri bertanding mengenai rasuah politik dan cadangan mereka bagi membanterasnya sebelum bercakap mengenai perdebatan terbuka.Beliau yang juga anggota Parlimen Jerlun berkata jika ada calon yang ingin meneruskan perdebatan itu beliau tidak akan menghalangnya.
"Perkara pokok ialah setiap calon bukan sekadar pandai bercakap tetapi mesti ada ciri-ciri penting iaitu sifat jujur, amanah, sanggup berkorban untuk rakyat, berwawasan dan bercakap benar," katanya.
Beliau yakin perwakilan akan menimbangkan perkara ini untuk memilih calon Ketua Pemuda pada pemilihan Umno Mac tahun depan.
"Apa yang hendak dibuat mulai sekarang hingga Mac tahun depan mestilah ada unsur yang boleh mengukuhkan parti dan saya yakin debat ini akan menyebabkan sebaliknya," kata Mukhriz.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau bimbang dengan laporan, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengugut dan menyampaikan berita tidak tepat, fitnah dan salahguna kuasa kerna melanggar hak demokrasi ahli.
Bagaimanapun tindakbalas perwakilan peringkat bawah sekarang yang berani bersuara dan enggan menerima arahan bahagian adalah perkembangan positif menandakan kebijaksanaan dan 'keagungan' perwakilan, katanya.
Mengenai pencalonan yang diterimanya, Mukhriz berkata perkembangan terkini yang meletakannya sebagai calon pilihan bukan kelebihan kerana pencalonan terbanyak belum menjamin akan menerima undi terbanyak.
Beliau menjangka rentak pencalonan terhadapnya akan perlahan pada minggu akan datang dan beralih kepada dua lagi calon iaitu Khairy dan Mohamad Khir.
-- BERNAMA, 30/10/08.
Aristotle dan Debat
Aristotle... Berdebat adalah amalannya. Perlukan UMNO mengikut jejaknya?Tiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).
Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong idealisme dan rationalisme.
Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.

- Wikipedia.
Reaksi cadangan debat UMNO - Hishammuddin bimbang
KAJANG 29 Okt. – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bimbang debat yang tidak terkawal di antara calon Ketua Pemuda UMNO akan menjejaskan maruah dan imej pergerakan itu yang dibinanya sejak 10 tahun lalu.Sehubungan itu, beliau mengingatkan calon-calon terbabit supaya tidak meneruskan hasrat tersebut sehinggalah diberi ‘lampu’ hijau oleh kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO.
Katanya, ia bagi mengelakkan calon yang berdebat gagal mengawal emosi sehingga mengemukakan hujah yang tidak berpijak di bumi nyata atau bercanggah dengan perancangan parti.
“Mereka kena meyakinkan saya kerana saya adalah Ketua Pemuda sehingga Mac ini dan ia (debat) tidak akan berlaku sehingga kepimpinan tertinggi Pemuda mengiakannya, jika nak jalankan terus tanpa merujuk atau dibawa berbincang, tuan punya badan kena pikul tanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
“Saya tidak mahu menjejaskan maruah dan imej Pemuda yang telah saya bina selama 10 tahun untuk diserahkan kepada barisan kepimpinan baru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long di sini hari ini.
Idea untuk menganjurkan debat di antara calon Ketua Pemuda dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan ia dipersetujui oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Seorang lagi calon, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun bagaimanapun tidak bersetuju kerana berpendapat debat itu tidak akan mengukuhkan parti.
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin menjelaskan sokongan yang diterima Mukhriz di bahagian Pekan dan Khairy di Sembrong tidak boleh ditafsirkan sebagai petunjuk mereka adalah calon pilihan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri.
Katanya, fenomena yang berlaku di peringkat bahagian pada persidangan kali ini agak berbeza kerana kebanyakan pencalonan untuk semua jawatan dibuat melalui proses pengundian.
“Ini bermakna ketua bahagian dan pemimpin tertentu termasuk saya sendiri sebagai Ketua Bahagian Sembrong tidak dapat menentukan si polan A, B dan C akan dicalonkan.
“Dalam suasana sebegitu rupa, saya rasa mustahil mana-mana pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pemuda UMNO menentukan pencalonan,” katanya.
- UM, 30/10/08
Debat bukan budaya UMNO
Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) membuka gelanggang bagi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Pusat dengan mengajak lawanya untuk mengadakan debat secara terbuka?
Ini timbul bila percalonannya jauh ketinggalan berbanding lawan sebenar Mukriz Mahathir.
Sebenarnya debat ini bukan budaya UMNO, bukan budaya orang Melayu dan bukan amalan dalam Islam.
Ianya kalau dikaji dalam sejarah manusia adalah amalan memilih pemimpin zaman jahiliah peradaban barat.
Kepada kepimpinan UMNO, nasihat saya jangan melalut terlampau sangat. Hari ini ajak berdebat lepas tu ajak bersilat pula kot.
Berpada-padalah...
- HWA, 30/10/08.
28 Oktober 2008
Debat Terbuka Tidak Sesuai, Kata Khaled Nordin
PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Apa yang dialami Umno selepas membenarkan siaran langsung sesi perbahasan Perhimpunan Agung parti itu diadakan tahun lepas perlu dijadikan iktibar sebelum ingin mengadakan apa-apa perdebatan terbuka.
Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi anggota orang Umno siaran langsung itu bagus, tetapi terdapat rakyat Malaysia kurang menyenanginya.
"Perkara itu menyebabkan ada di kalangan rakyat Malaysia menyimpan perasaan dendam sehingga ada yang menolak Umno dan Barisan Nasional.
Sebab itu perlu ada kebijaksanaan dan kalau nak buat perbahasan, kena buat secara tertutup dan bukannya secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Peralihan Daripada Pengajian Tinggi ke Pekerjaan di sini, Selasa.
Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, berkata demikian sebagai mengulas cadangan debat terbuka melibatkan calon pemimpin tertinggi parti diadakan bagi membolehkan perwakilan memilih pemimpin berwibawa.
-- BERNAMA, 28 Oktober 2008.
Pas jumpa MB bincang isu pengurus besar PKNS
SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan isu pemilihan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berikutan persaraan Datuk Harun Salim, hujung bulan ini.
Kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS menimbulkan kontroversi apabila semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi memangku jawatan itu selama setahun.
Hari ini, wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai Presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS ,Idris Ishak juga menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar mengenai pemangkuan jawatan itu oleh Low.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Dr Hasan berkata Menteri Besar menyatakan kesediaan memendekkan tempoh pemangkuan Low jika Pas mampu mendapatkan calon pengganti pengurus besar yang berkaliber, profesional dan mempunyai pengalaman mengendalikan organisasi bersaiz seperti PKNS.
Pas juga berbincang dengan Abdul Khalid mengenai kenapa dua pegawai paling kanan PKNS iaitu Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran, Md Nasir Md Arshad dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Abdul Ghani Hassan tidak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan itu.
Beliau berkata Abdul Khalid menjelaskan pemilihan Low kerana profesionalisme dan keupayaan mentadbir yang ditunjukkannya di dalam PKNS.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Pas mahukan pemilihan dibuat daripada kalangan orang kanan dalam PKNS atau bakat luar untuk mengisi jawatan itu.
Sehubungan itu, katanya Pas Selangor akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan untuk mengisi jawatan itu dan menurutnya setakat ini parti itu sudah mempunyai dua calon untuk mengisi jawatan itu.
Dr Hasan tidak menolak jika calon itu adalah orang politik dan menurutnya apa yang penting ialah calon itu bersikap profesional dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
Ditanya mengapa Pas membantah pelantikan Low, Dr Hasan berkata parti itu berpendapat Md Nasir dan Abdul Ghani lebih layak dipertimbangkan kerana mereka sudah lebih 30 tahun berkhidmat dan menyumbang kepada PKNS.
- Bernama, 28/10/08.
27 Oktober 2008
Kepimpinan bertukar
SEDEKAD yang lalu, ahli-ahli UMNO mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terus memimpin parti dan kerajaan dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi negara. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Yusof Noor berkata, berdasarkan senario semasa amatlah wajar Perdana Menteri tidak berundur daripada memikul tanggungjawab itu.
Menurutnya, hasrat itu disuarakan oleh para perwakilan UMNO yang menghadiri Kursus Penerangan dan Sesi Taklimat Khas Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Katanya lagi, Dr. Mahathir harus meneruskan tanggungjawabnya memimpin negara ini supaya keharmonian berparti terpelihara dan sekali gus mengelakkan perpecahan di kalangan ahli UMNO.Sedekad telah berlalu.

Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Oktober lalu mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac 2009. Pengumuman beliau itu sekali gus memberi laluan kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, Abdullah tetap tabah dan tenang menghadapi cabaran politik semasa dan ekonomi di peringkat global. Apa pun pemimpin datang dan pergi.
Namun perjuangan parti tetap berterusan bak kata pepatah Melayu "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti".
- Utusan Malaysia 9 Oktober 1998
Pemimpin UMNO Sekarang Banyak Melalut
Melalut dan tanda-tanda nak nyanyuk! Itu kesimpulan yang dapat dibuat kepada kepimpinan UMNO atasan pada masa ini lebih-lebih lagi dalam musim merebut jawatan tertinggi parti.
Ada yang ajak lawan berdebat, jawatan dalam parti ditender, yang belum dapat apa-apa percalonan dah canang nak rebut jawatan berkenaan, hapuskan sistem kuota, yang sekejap canang seluruh negara nak rebut jawatan itu, bila percalonan tak menjadi ubah haluan.
Macam-macam tingkah laku. Barangkali kepanasan di serang 'demam nak bertanding'.
Yang hebatnya setakat ini macam mana demam sekali pun, tidak ada lagi yang terkena serangan jantung walaupun tewas mengejut dalam pertandingan peringkat bahagian.
Saya teringat kepada ucapan Tan Sri Yusof Nor bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia(bekas Ketua UMNO Bahagian Besut) dalam ucapan ringkas semasa tangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut pada 11 Oktober 2008 lepas.
Katanya, pemimpin UMNO ini ada hayatnya dalam memimpin UMNO, apabila hayatntya hampir tamat, berilah laluan kepada pemimpin pelapis. Maka yang pergi seronok dengan pemergiannya dan pemimpin baru menerima tanggungjawab dengan penuh keinsafan dan amanah.
Masalahnya pemimpin UMNO tidak tahu yang hayat politiknya dan nak berkubur kerana dia masih kuat dan bertenaga. Susah juga nak bagitahu pemimpin jenis ini kalau menyentuh soal peralihan kuasa kerana yang biasa berlaku ialah perebutan kuasa.
Rasanya bukan nak bermegah. UMNO Besut boleh dijadikan teladan dalam soal peralihan kuasa ini. Dia sudah berlaku sejak dulu lagi. Sebab itulah di bahagian ini sentiasa harmoni. Jiwa UMNO berasa di sini.
Besut Best Bestari...
21 Oktober 2008
Wartawan Malaysiakini letak jawatan, mengaku bertanggungjawab
KUALA LUMPUR: Wartawan portal Malaysiakini, Wong Choon Mei yang menulis mengenai laporan berhubung manifesto yang kononnya dikeluarkan Datuk Seri Najib Razak, Ahad lalu, hari ini meletakkan jawatan.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini jam 11.13 pagi ini, Wong berkata: "Ia kesalahan saya dan saya bersedia mengambil tanggungjawab penuh terhadap laporan itu dan meletakkan jawatan.
"Beliau yang dilaporkan berpengalaman 10 tahun dalam bidang kewartawanan, baru tiga bulan menyertai Malaysiakini.Wong pernah berkhidmat dengan The Edge, Reuters and Channel News Asia.
Laporan portal itu juga memetik Ketua Pengarangnya, Steven Gan, sebagai berkata mereka terkejut dengan laporan itu dan menambah ia tidak sepatutnya disiarkan.
"Ia kesilapan yang serius di pihaknya dan kami menerima peletakannya jawatannya," katanya.
Semalam, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan laporan yang disiarkan portal itu adalah usaha pihak tertentu untuk mencemarkan imej Najib.
- BH, 21/10/08.
SULTAN Kelantan, DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra bertitah merasmikan Persidangan kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal pertama Dewan Negeri Kelantan, Kota Bharu, yang ke 12 tahun 2008 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. - Foto Zaman Huri IsaKOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.
Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.
"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.
"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.
“Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.
Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.
Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.
"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.
"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.
Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.
"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.
Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.
“Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.
"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.
"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.
"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini, titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.B
aginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.
- BH, 21/10/08.
20 Oktober 2008
Jangan cuba buli UMNO
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan Gerakan diberi amaran jangan cuba hendak membuli UMNO semata-mata mahu meraih kembali populariti di kalangan kaum masing-masing selepas pilihan raya umum lalu.
Beberapa pemimpin UMNO berkata, tindakan parti terbabit sengaja memainkan sentimen hak Melayu dan bumiputera yang telah termaktub dalam kontrak sosial amat tidak sihat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan pemimpin parti komponen itu yang terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang bahawa UMNO membuli mereka mampu menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Beliau berkata, persepsi bahawa UMNO membuli rakan komponen tidak boleh diterima sama sekali kerana parti terbesar kaum Melayu itu sering berkompromi mengenai hak-hak kaum lain dalam pelbagai hal.
''Kalau UMNO membuli parti lain, UMNO tidak akan memberi peluang kepada wakil rakyat dari parti komponen untuk bertanding dalam pilihan raya di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.
''Hakikat yang kita lihat, wakil rakyat Gerik (Datuk Tan Lian Hoe-Gerakan) merupakan wakil rakyat yang bukan dari UMNO dan beliau menang di situ," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Khairul Group of Associates di sini hari ini.
Sebelum itu beliau diminta mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang mengatakan UMNO sebagai parti pembuli dalam BN.
Mohamed Khaled memberitahu, apa yang menyedihkan ialah persepsi sebegitu turut disuarakan oleh beberapa parti komponen BN yang secara jelas terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
Menurutnya, dakyah yang disuarakan oleh pakatan pembangkang itu didorong oleh matlamat mereka untuk melemahkan BN selain tidak memahami sejarah perjuangan bapa-bapa kemerdekaan daripada UMNO, MCA dan MIC.
''Pakatan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai dasar dan hanya memberikan reaksi terhadap pergerakan BN.
''Jika dikaji sejarah penubuhan Malaysia serta hak-hak dalam kontrak sosial, ia sebenarnya mencerminkan komposisi kaum di negara ini yang mana 60 hingga 70 peratus penduduknya adalah kaum Melayu dan bumiputera," tegasnya.
Dalam pada itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron menyelar usul Pemuda MCA Perak yang mahukan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kenyataannya mengenai kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
''Kenyataan Khairy bukan mahu menafikan hak biasiswa bukan Melayu sebaliknya beliau mahu kuota biasiswa bagi Melayu dan bumiputera tidak dikurangkan selari dengan pertambahan hak biasiswa bukan Melayu," katanya.
Gesaan tersebut, kata beliau, mencerminkan Pemuda MCA tidak mempunyai modal dalam usaha meraih kembali sokongan kaum Cina di negara ini selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Menurutnya, Pemuda MCA Perak dan Pemuda MCA Kebangsaan perlu bermuhasabah diri dan jangan mengeksploitasi perkara-perkara yang tidak benar.
''Jika mereka (Pemuda MCA) berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang dirampas oleh DAP di bandar-bandar besar, barulah suara mereka boleh diterima," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, gesaan Pemuda MCA itu mencerminkan kedangkalan pemikiran pemimpin pergerakan tersebut.
Menurutnya, suara pemimpin kecil itu yang mahu menjadi wira bagi kaum Tionghua tidak perlu diberikan perhatian.
''Ini merupakan contoh parti komponen yang mahu membuli UMNO terutama selepas pilihan raya 8 Mac lalu," jelasnya.

- Utusan, 20/10/08
19 Oktober 2008
Kejohanan Piala Monsun tiada unsur rasuah: BPR
Oleh Abdul Razak (Raaffraaffar@bharian.com.my)
Semakan kertas siasatan dapati bebas kes penyelewengan
PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengesahkan tiada sebarang penyelewengan dan jenayah rasuah dikesan berhubung penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Terengganu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata ia disahkan selepas beberapa kali semakan dan penelitian terhadap kertas siasatan kes berkenaan.
"Kita dapati tiada wujud kesalahan atau jenayah rasuah mengenai kejohanan kapal layar Piala Monsun di Terengganu selepas melakukan beberapa kali semakan. Bagi BPR memang sudah jelas tidak ada apa-apa...kita sudah buat yang terbaik.
"Kita perlu perjelaskan perkara ini dengan baik kerana ia boleh menjejaskan imej bukan saja Terengganu, malah Malaysia," katanya pada sidang media pada Majlis Gerak Mesra Aidilfitri anjuran agensi itu di sini semalam. Ahmad Said ditanya hasil siasatan BPR berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam penganjuran kejohanan itu. Isu itu dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini, termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pada 27 Julai lalu ketika BPR menyiasat isu penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif milik kerajaan negeri itu yang mencecah RM1.07 juta sejak 2004.
Ahmad berkata, BPR perlu menyiasat penganjuran Piala Monsun sejak 2005 di lokasi yang dibina dengan kos RM250 juta dan pelaksanaan projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man yang bernilai RM249.3 juta, bukan hanya isu penyelenggaraan kereta rasmi kerajaan negeri.
Ogos lalu, BPR mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk Ahmad dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan pelaksanaan projek berkenaan.
Mengenai dakwaan penyelewengan pembelian helikopter Eurocopter EC725 bernilai lebih RM2 bilion bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahmad Said berkata BPR juga akan melihat perkara itu."Jika perlanggaran jenayah rasuah, kita akan lihat dan siasat...sama seperti kes lain," katanya.
- BH, 19/10/08.
Muhyiddin terbaik - Nazri
Oleh Zaini RabanKUALA KANGSAR 18 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin adalah calon terbaik menjadi Timbalan Presiden UMNO berbanding dua lagi calon yang menawarkan diri iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, faktor utama yang menjadikan Muhyiddin individu terbaik memegang jawatan berkenaan adalah kerana beliau merupakan satu-satunya calon yang merupakan seorang Ahli Parlimen.
''Kita kena ingat bahawa siapa yang bakal dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO bakal juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri malah boleh jadi Perdana Menteri kalau apa-apa berlaku kepada Perdana Menteri.
''Melihat kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin seorang saja Ahli Parlimen manakala Ali Rustam cuma Ahli Dewan Undangan Negeri dan Mat Taib pula hanya Senator.
''Macam mana Ali Rustam dan Mat Taib hendak jadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka tidak layak dan kalau hendak juga kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil, ia akan jadi masalah nanti," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas berkata, Muhyiddin merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman luas dan cukup berkaliber.
Jelas beliau, selain pernah menjadi Menteri Besar Johor, Muhyiddin merupakan penyandang jawatan Naib Presiden UMNO selama tiga penggal dan menjadi menteri pelbagai portfolio selama hampir 20 tahun.
''Berdasarkan pengalamannya itu saya rasa Muhyiddin layak menjadi Timbalan Presiden UMNO malah saya yakin beliau boleh menjadi Perdana Menteri secara semula jadi pada masa akan datang," katanya.
Justeru, katanya, UMNO Bahagian Padang Rengas sebulat suara mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden manakala Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.
Kata beliau, pihaknya juga mencadangkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Datuk Shafie Apdal selaku calon Naib Presiden.
Kepimpinan bertukar
SEDEKAD yang lalu, ahli-ahli UMNO mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terus memimpin parti dan kerajaan dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi negara. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Yusof Noor berkata, berdasarkan senario semasa amatlah wajar Perdana Menteri tidak berundur daripada memikul tanggungjawab itu. Menurutnya, hasrat itu disuarakan oleh para perwakilan UMNO yang menghadiri Kursus Penerangan dan Sesi Taklimat Khas Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Katanya lagi, Dr. Mahathir harus meneruskan tanggungjawabnya memimpin negara ini supaya keharmonian berparti terpelihara dan sekali gus mengelakkan perpecahan di kalangan ahli UMNO.Sedekad telah berlalu. Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Oktober lalu mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac 2009. Pengumuman beliau itu sekali gus memberi laluan kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, Abdullah tetap tabah dan tenang menghadapi cabaran politik semasa dan ekonomi di peringkat global. Apa pun pemimpin datang dan pergi. Namun perjuangan parti tetap berterusan bak kata pepatah Melayu "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti".
- Utusan Malaysia 9 Oktober 1998
Berakhir hegemoni AS
Oleh Aznan bakar
SEPANJANG Oktober ini dunia melihat campur tangan paling besar oleh kerajaan negara-negara kuasa ekonomi dunia dalam sistem kewangan dan perbankan mereka. Pelbagai pakej menyelamatkan dapat disaksikan sama ada yang berasaskan kepada polisi kewangan atau ketegasan politik yang mana ia dilihat oleh banyak pihak sebagai berakhirnya era liberalisasi dan kapitalis yang diperjuangkan oleh barat selama ini.
Krisis ekonomi yang bermula dengan sub prima di Amerika Syarikat (AS) pada hujung tahun lalu berterusan menghantui sistem kewangan barat hingga menyebabkan institusi kewangan mereka runtuh satu persatu. Bayangkan hampir semua institusi kewangan terkemuka yang menjadi nadi kepada sistem ekonomi dan kewangan barat terpaksa diselamatkan oleh kerajaan masing-masing - satu dasar yang sama sekali bertentangan dengan liberalisasi kewangan dan sistem kapitalis.
Di AS, syarikat Lehman Brothers yang berusia 160 tahun, kumpulan perbankan City Group, Merryl Lynchm, Morgan Stanly dan beberapa lagi semuanya menuju kemuflisan jika tidak diselamatkan. Di Eropah gergasi kewangan seperti Standard Chartered, HSBC, Barclays dan Royal Bank of Scotland (RBS) semuanya 'lemas' dan perlu diselamatkan. Kini pelbagai pihak terutama negara-negara membangun dan dunia ketiga tertanya- tanya apa jadi dengan sistem yang dulu menjadi kemegahan barat. Ketika krisis ekonomi Asia kuasa-kuasa besar yang diterajui AS ini menentang sebarang campur tangan kerajaan dalam sistem kewangan masing-masing kononnya atas nama liberalisasi dan pasaran bebas.
Pada hal krisis ekonomi Asia pada 1997-98 bukan berpunca daripada masalah dalaman, tetapi akibat penyangak mata wang yang memanipulasi sistem pasaran bebas dan liberalisasi itu untuk mengaut keuntungan. Usaha 'menyelamat' yang dilakukan oleh negara-negara lemah tersebut demi menjaga kepentingan nasional supaya tidak terlepas ke pihak luar dianggap sebagai menolong kroni. Malah kebanyakan negara Asia terutama Indonesia, Thailand dan Korea Selatan dipaksa mendapatkan bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) hingga menyebabkan separuh daripada kepentingan nasional tergadai kepada pihak luar.
Tentu kita ingat bagaimana Pengerusi IMF ketika itu, Micheal Camdesus dengan lagaknya berpeluk tubuh menyaksikan Presiden Suharto menandatangani perjanjian untuk mendapatkan pinjaman. Hasil daripada bantuan IMF itu banyak saham syarikat besar milik negara itu terlepas ke tangan pihak asing.
Kepentingan
Dalam kes Korea Selatan, kepentingan syarikat gergasinya Daewoo juga terpaksa dijual kepada pihak luar. Malaysia juga dikritik hebat kerana bertindak menyelamatkan syarikat-syarikat utama terutama sektor perbankan hingga dituduh sebagai membantu kroni. Tuduhan yang turut disokong oleh pemimpin politik pembangkang. Tetapi lihat hari ini. Apa sudah jadi dengan liberalisasi, deregulasi dan pasaran bebas yang menjadi kebanggaan AS dan sekutunya kira-kira 11 tahun dahulu? Semuanya rebah dan tersungkur ekoran terlalu percaya dengan liberalisasi dan deregulasi hingga boleh dikatakan tidak ada peraturan yang mengawal aktiviti kewangan mereka.
Kini kerajaan AS, Perancis, Jerman dan beberapa yang lain merupakan pemilik utama bank-bank terkemuka dunia. Malah ia juga menandakan berakhirnya penguasaan atau hegemoni ekonomi AS dan krisis kali ini dikatakan bakal mewujudkan satu sistem pasaran kewangan baru. Ia dikatakan akan menyaksikan peralihan kuasa ekonomi daripada AS dan sekutunya kepada negara- negara seperti China, India, Brazil dan Russia. Kekuatan ekonomi negara-negara ini menjadi pengimbang kepada krisis sekarang yang mampu mengelakkan ekonomi dunia menuju petaka lebih besar.
Keempat-empat negara itu yang semakin aktif dalam pengeluaran, tenaga dan teknologi tertentu merupakan penampan kepada krisis yang sedang berlaku sekarang. Bayangkan simpanan China yang bernilai AS$1.9 trilion, simpanan petroleum Asia Barat AS$1.3 trilion dan Russia AS$500 bilion. Kemudian ditambah pula dengan simpanan yang ada di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang melebihi AS$5 trilion sudah tentu boleh digunakan untuk mengambil alih kuasa ekonomi dunia. Negara-negara ini akan menjadi pusat sistem kewangan dunia melalui keupayaan untuk mengambil alih bank dan institusi kewangan ketika pasaran kewangan AS dan Eropah merudum.
Bagi AS dan negara-negara Eropah, krisis yang berterusan menyebabkan kerajaan mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka terpaksa campur tangan dan menyelamatkan bank-bank yang sedang tenat. Seluruh dunia dapat melihat perubahan bagaimana kuasa politik campur tangan dengan urusan perniagaan di Washington, London, Paris dan Berlin.
Bank-bank di negara terbabit juga tidak mempunyai pilihan. Ketua-ketua mereka dipanggil diberitahu bahawa kerajaan akan menyuntik kecairan sama ada mereka suka atau tidak atas dasar nasionalisme.
Setiausaha Kewangan AS, Hank Paulson pada 13 Oktober lalu berkata, itu bukan apa yang hendak mereka lakukan tetapi mereka tidak mempunyai pilihan. Katanya, kerajaan terpaksa membeli saham bank-bank terbabit kerana alternatif lain langsung tidak boleh diterima. Ini merupakan pengakuan jujur bahawa pasaran bebas kini berkubur bersama leburnya sistem perbankan terhebat dunia di AS hingga usaha menyelamatkannya dianggap sebagai tugas nasional. Di United Kingdom, tugas nasional itu ialah menyelamatkan bank kedua terbesarnya RBS dan bank keenam terbesar HBOS yang kini sudah di bawah kawalan kerajaan. Kerajaan negara itu yang sebelum ini mengkritik langkah menyelamat yang dilakukan Malaysia 11 tahun dulu kini menguasai 60 peratus saham RBS.
Malah bank kelima terbesar di UK, Lloyds juga kini sedang dijadikan milik kerajaan begitu juga dengan bank-bank kecil lain. Sebelum ini, Northern Rock dan Bradford & Bingley 100 peratus dijadikan milik negara. Ia bukti jelas yang menunjukkan negara-negara kuasa besar ini sekadar cakap tidak serupa bikin. Mereka akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan syarikat-syarikat mereka, iaitu tindakan yang akan dilakukan oleh mana-mana kerajaan pun dalam dunia ini. Pengerusi Federal Reserve AS, Ben Bernan berkata, untuk menangani krisis itu kerajaan AS tidak akan berundur sama sekali.
Matlamat
Katanya, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu. Setakat ini AS telah mengepam AS$700 bilion untuk menyelamatkan pasaran kewangannya. Secara keseluruhannya negara itu telah menyuntik AS$1 trilion dengan terma yang digunakan ialah menyuntik kecairan bukannya menyelamat. Setakat ini tidak ada siapa dapat meramalkan berapa banyak bank akan dijadikan milik kerajaan atau milik negara - satu pendekatan yang ditentang keras oleh pasaran bebas yang diterajui AS tidak lama dulu.
Di AS setakat ini semua nama besar sudah menjadi milik negara iaitu Bank of America, CitiGroup, Wells Fargo, JP Morgan Chase, Goldman Sacks, Morgan Stanley, Merrill Lynch, Bank of New York Mellon dan State Street. Sehingga kini krisis itu belum menampakkan tanda- tanda akan pulih. Kerajaan AS dan Eropah terus memerhati dengan teliti kedudukan sistem kewangan mereka yang semakin rapuh dan tidak lagi mampu bertahan dengan asakan yang berpunca daripada liberalisasi dan deregulasi yang diperjuangkan sebelum ini.
Kini negara-negara terbabit terpaksa menelan kembali segala kritikan mereka terutama terhadap Malaysia yang menggunakan pendekatan konservatif untuk mengatasi krisis kewangan 1997-98. Ketika itu kerajaan Malaysia juga 'menyuntik kecairan' bukannya menyelamat syarikat-syarikat kewangannya. Sama seperti yang dilakukan oleh AS dan UK sekarang. Ketika itu juga kerajaan Malaysia menambat nilai ringgit pada RM3.80 berbanding dolar AS untuk mengelakkan ia daripada terus merudum diheret liberalisasi dan pasaran bebas. Semua itu dilakukan bukan untuk kepentingan kerajaan atau pemimpinnya. Tetapi atas kepentingan nasional dan rakyat. Alasan yang digunakan oleh AS pada 13 Oktober lalu untuk menjustifikasikan pengambilalihan sembilan bank utamanya oleh kerajaan.
Nampaknya, tidak ada apa yang salah dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia 11 tahun lalu. Yang pasti krisis yang melanda itu menyaksikan berakhirnya hegemoni AS ke atas sistem kewangan global. Malah tidak mustahil ia bakal menyaksikan peralihan paksi ekonomi dari barat ke timur.

- Utusan, 19/10/08.
18 Oktober 2008
Ahli PKR dihadap atas dakwaan rasuah seks
Fairul Azrim Ismail dibawa oleh anggota polis selepas didakwa atas tuduhan rasuah seks di Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam. - Gambar HANAFI KHAMIS
IPOH 17 Okt. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini mengaku mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut secara rasuah.
Tertuduh, Fairul Azrim Ismail, 30, didakwa menerima daripada Mohamad Imran Abdullah suapan wanita tersebut bagi tujuan mengadakan hubungan seks.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 14 Ogos lalu kira-kira pukul 8.10 malam di No. 401, Tingkat 4, Sri Sayang Apartmen (Seaview Agency), Jalan Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Suapan seks itu adalah sebagai dorongan kepada tertuduh yang merupakan seorang kontraktor bagi membantu Mohamad Imran mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usaha sama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.
Hakim Rasidah Chik yang mendengar kes tersebut kemudian membenarkan Fairul Azrim dibebaskan dengan jaminan RM3,000.
Beliau juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), How Mei Ling supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3 Ipoh.
Langkah itu dibuat bagi membolehkan kes itu dibicarakan serentak dengan kes rasuah berkaitan membabitkan empat lagi tertuduh termasuk dua Exco Kerajaan Negeri Perak.
Selepas kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3, Hakim Tan Hooi Ling yang akan mendengar perbicaraan itu juga bersetuju menetapkan ia dibicara serentak dengan kes rasuah berkaitan iaitu pada 10, 11 dan 12 Februari depan.
Tertuduh diwakili peguam Mohd. Asri Othman.
Fairul Azrim pada 23 September lalu mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China dalam satu surat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak.

- Utusan, 18/10/08.
'Henti persoal hak Melayu'
Oleh HERMAN HAMIDKUALA LUMPUR 17 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO menyeru semua pihak memberi perhatian serius terhadap peringatan raja-raja Melayu supaya tidak mempersoalkan asas kenegaraan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebab itu Pemuda UMNO mahu jangan ada lagi pada masa depan, suara-suara yang mempertikai perkara yang telah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan berhubung institusi raja, hak keistimewaan Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu.
"Kenyataan (raja-raja Melayu) itu membuktikan tahap keseriusan suasana yang berlaku hari ini boleh menjurus kepada sesuatu yang boleh mengancam kedudukan negara jika tidak dihentikan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar khas raja-raja Melayu mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan akhbar khas itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah semalam.
Sementara itu Hishammuddin berharap tidak ada mana-mana pihak menyalah anggap kenyataan raja-raja Melayu itu dan mengaitkannya dengan agenda atau kepentingan kaum-kaum tertentu saja.
Kata beliau, sebaliknya peringatan yang penting ini sememangnya perlu diberi perhatian oleh semua rakyat negara ini supaya Malaysia sentiasa berada pada landasan keamanan dan keharmonian sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Katanya, selain itu secara tidak langsung kenyataan itu juga mengingatkan pihak atau individu yang cauvinis, berkepentingan peribadi dan mahukan populariti supaya berhenti daripada menodai keharmonian dan asas kenegaraan.
"Berhentilah daripada mengkhianati kalau mahu terus hidup bersama dan nikmati keharmonian yang ada. Elakkanlah pergeseran dan pertelingkahan, khususnya hal ehwal berkaitan mana-mana sentimen kaum dan agama.
"Kita sudah tiada masa untuk cauvinisme dan populariti. Malaysia perlu terus mengorak langkah maju dan meredah pelbagai cabaran domestik dan global," jelasnya.
Dalam pada itu Hishammuddin berkata, kenyataan khas itu juga merupakan tanda kasih dan sayang serta keprihatinan raja-raja Melayu untuk melihat rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan makmur.
Kata beliau, sememangnya juga peranan raja-raja selama ini telah membuktikan pengorbanan, jasa, legasi dan kedaulatan kesultanan Melayu dalam apa jua keadaan tetap memberi makna yang besar kepada negara.
"Kenyataan dan pendirian ini sememangnya dinantikan dan saya amat bersyukur kerana saya yakin institusi raja-raja adalah kekuatan negara kita di mana ia bukan hanya melindungi orang-orang Melayu sahaja, malah memayungi rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Saya percaya rakyat Malaysia juga amat berbangga dan berterima kasih dengan peringatan yang dibuat kerana ia mencerminkan bahawa yang sedang kita pertahankan adalah institusi raja-raja sebagai lambang perpaduan di negara ini dan bukan kepada mana-mana individu atau kumpulan," ujarnya.
- Utusan, 18/10/08.
'Jangan sentuh kontrak sosial'
Majlis Raja-Raja bersuara lindung hak Islam, MelayuKUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.
Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara, kata kenyataan itu. Kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan dikeluarkan oleh Bernama.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari yang berakhir semalam, dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.Engku Ibrahim menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.
Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan, katanya.
Beliau berkata, gejala itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum hingga menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
Untuk itu, Raja-Raja Melayu wajar mengingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok, katanya.
Engku Ibrahim berkata, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu. Semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.
Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Turut hadir, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.
Langgan:
Catatan (Atom)