PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.
3 April 2009
Yang Di-pertuan Agong Perkenan Najib Sebagai Perdana Menteri
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.
Abdullah serah surat letak jawatan
ABDULLAH Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan diarak pada majlis perpisahan di kementerian tersebut di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/HALIM KHALID*****
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi, Proton Perdana Eksekutif berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WCH 13 memasuki pintu pagar utama Istana Negara tepat pukul 10 pagi, lima minit selepas ketibaan Tuanku Mizan.
Sejurus berakhir majlis berkenaan, Abdullah hanya membuat kenyataan ringkas bahawa beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada Tuanku Mizan.
“Terserah kepada Tuanku,” katanya kepada pemberita yang memenuhi pekarangan luar Istana Negara.
Beliau meninggalkan Istana Negara 55 minit kemudian sambil tersenyum ceria dan melambaikan tangan kepada lebih 80 petugas media tempatan dan luar negara yang berkumpul sejak pukul 7.30 pagi.
Sementara itu, Najib pula kelihatan memasuki Istana Negara pukul 11.20 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan berhubung peralihan kuasa itu.
Beliau yang menaiki Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WRP 11 meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.15 tengah hari.
“Terima kasih” kata Najib sambil melambaikan tangan dan tersenyum kepada petugas media.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam satu kenyataannya semalam berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada pukul 10 pagi esok di Istana Negara.
2 April 2009
BURSA MALAYSIA: Saham KL Ditutup Tinggi Berikutan Peralihan Kuasa Yang Lancar
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan belian saham-saham berwajaran tinggi telah meningkatkan indeks buat hari keenam berturut-turut, susulan peralihan kuasa yang berjalan lancar yang merangsang sentimen pelabur, kata peniaga.
Beri sokongan penuh
ABDULLAH menandatangani pengesahan dokumen minit Mesyuarat Kabinet minggu lalu sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Tan Sri Mazidah Abdul Majid serta Jemaah Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, semalam.Angkat sumpah di Istana Negara esok
PUTRAJAYA 1 April - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan.Mengikut kenyataan Mohd. Sidek yang dikeluarkan malam ini, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.
Mohd. Sidek berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat jemaah menteri hari ini bahawa Seri Paduka telah memberi perkenan itu semasa beliau menghadap Tuanku Mizan sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.
MESYUARAT TERAKHIR
ABDULLAH Ahmad Badawi menandatangani pengesahan dokumen minit mesyuarat Kabinet sambil disaksikan Jemaah Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat yang terakhir dihadirinya di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam. – BERNAMA *****
Sebelum mempengerusikan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu, Abdullah turut menandatangani dokumen minit mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Upacara itu yang merupakan simbolik tanda bertukarnya pengerusi untuk mesyuarat Kabinet selepas ini, turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib dan menteri-menteri Kabinet. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
1 April 2009
HERO KITA
AZIZULHASNI Awang dan Mohd. Rizal Tisin (kiri) disambut sebagai wira negara sekembalinya dari kejohanan dunia di Pruzskow, Poland di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Halim KhalidBerlatarbelakangkan status budak kampung satu ketika dulu, Azizulhasni Awang Muda dan Mohd. Rizal Tisin kini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Azizulhasni dari Kampung Sura, Dungun, Terengganu dan Mohd. Rizal dari Kampung Batu Empat, Jalan Kapar, Klang, datang daripada keluarga kurang berada tetapi berjaya mencatat sejarah dengan meraih pingat perak dan gangsa sulung pada Kejohanan Basikal Trek Dunia yang berakhir Ahad lalu. Pencapaian itu disifatkan luar biasa dan lebih awal daripada yang dijangkakan.
30 Mac 2009
Semangat Baru BN Bawa Angin Perubahan Di Bukit Gantang
TAIPING, 29 Mac (Bernama) -- MCA yakin semangat baru yang dibawa bersama barisan kepimpinan baru parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat membawa angin perubahan kepada penduduk Bukit Gantang, khususnya kaum Cina yang mahukan sebuah kerajaan stabil.
Gandingan Mahathir, Abdullah, Najib simbol kebangkitan UMNO
Oleh Amran Ahmad pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 Mac - Gandingan dua negarawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat UMNO pada era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menjadi simbol kepada kebangkitan semula parti dalam membela masyarakat Melayu.
Ahli veteran UMNO, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, nasihat kedua-dua negarawan tersebut akan mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO dan memastikan parti itu terus relevan dalam perjuangan memajukan orang Melayu pada masa depan.
"Hal tersinggung atau perbezaan pendapat atas sesuatu isu dan tindakan tertentu adalah perkara biasa di mana-mana sahaja dan perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
"Apa yang penting sekarang ialah Abdullah dan Dr. Mahathir saling bermaaf-maafan dan melupakan pergeseran sebelum ini kerana masanya sudah tiba untuk kedua-dua tokoh ini mencurahkan pengalaman dan idea demi kemajuan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, beliau melihat pertemuan Abdullah dan Dr. Mahathir itu sebagai permulaan yang baik ke arah pelantikan kedua-dua tokoh berkenaan sebagai penasihat UMNO yang sememangnya memerlukan nasihat pemimpin terdahulu.
"Namun, adalah lebih baik jika UMNO mempunyai sebuah majlis yang terdiri daripada lebih dua penasihat dan mereka yang menjadi penasihat ini mestilah tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti mahu merebut jawatan tertentu," jelasnya.
Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail mengibaratkan kedua-dua negarawan itu sebagai 'bapa yang menjadi rujukan anak-anak' apabila berhadapan banyak cabaran.
29 Mac 2009
Pembaharuan bermula
KEHADIRAN Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO semalam memeranjatkan para perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas, beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh para perwakilan. *****
NEGARAWAN BERSATU
Dr. Mahathir Mohamad kembali
bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak.
Pembaharuan UMNO
Perhimpunan Agung Khas sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:
- Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.
- Sistem kuota dirombak semula.
Rakyat-Parti-Kerajaan
Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat.
Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.
Jangan khianati parti
Beliau yang secara rasmi menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut mengingatkan ahli parti agar memberi segala sokongan kepada kerajaan dan juga kepada pemimpin yang dipilih pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.
"Pesan saya kepada ahli-ahli UMNO ialah supaya setia dan bersatu selain menghidupkan semula semangat kekeluargaan dalam parti.
"Ini adalah penting, kita mahu supaya kekuatan kekeluargaan dalam parti akan dapat diteguh dan ditingkatkan lagi,'' katanya.
Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Jelasnya, semua ahli UMNO mesti terus menjadi penyokong yang kuat, bukan sahaja kepada pemimpin tetapi juga kepada parti.
"Kita menjadi penyokong dan kawan setia, kawan pada masa susah dan senang. Inilah ertinya setiakawan, inilah erti kekeluargaan dalam parti kita.
"Saya percaya barisan kepimpinan ini, insya-Allah akan membawa perubahan seperti mana yang diharapkan dan menguatkan lagi parti supaya ia tetap di hati rakyat, parti pilihan pertama dan parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara,'' tambah Abdullah.
Beliau turut mengingatkan para perwakilan sepotong surah Wahsilah yang boleh ahli UMNO pakai sebagai panduan untuk mengukuhkan lagi persaudaraan sesama ahli.
''Allah SWT dalam firman-Nya menyebut, 'Bagi mereka yang menghadapi Allah sebagai Tuhan mereka dan berpegang kuat kepada kepercayaan itu maka akan diturunkan malaikat yang akan mengingatinya supaya jangan berduka cita dan jangan takut dan juga memberi khabar baik bahawa mereka akan mendapat satu ganjaran syurga dan akan juga akan dapat memperolehi apa jua dengan nikmat-nikmat dalam syurga seperti yang mereka kehendaki','' jelas beliau.
Abdullah menambah, beliau percaya jika semua ahli UMNO mengamalkan ajaran ayat berkenaan, persaudaraan akan dapat dikukuhkan dan kekuatan akan dapat ditingkatkan.
"Dengan cara ini parti kita akan menjadi parti, parti yang benar-benar kuat, parti yang melambangkan persaudaraan ahli-ahlinya yang kukuh bagi melambangkan kekuatan yang ada pada kita dan insya-Allah akhirnya menjadi parti yang menang.
"Atas semangat itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan banyak-banyak maaf kepada semua yang mungkin tersentak hati ataupun yang kecil hati dengan tingkah dan laku saya dan apa-apa yang telah saya lakukan.
"Siapa juga yang ingat saya tak suka dan marah kepada mereka semua, saya maafkan,'' katanya.
Jelasnya, beliau mahu bersara dengan rasa senang hati dan tidak ada perasaan-perasaan yang tidak baik yang hendak beliau bawa.
25 Mac 2009
Selamat Datang!

Celaka lu!
Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap UMNO dengan mengeluarkan kata-kata ’UMNO Gila’ dan 'UMNO Gila Kuasa'.Kit Siang diarah keluar dewan hingga tengah hari
KUALA LUMPUR 25 Mac — Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap UMNO dengan mengeluarkan kata-kata ’UMNO Gila’ dan 'UMNO Gila Kuasa'.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.
Lim sebaliknya bertegas dan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.
Umno Mesti Berubah Jika Tidak Mahu Rebah, Kata Najib
Berubah... Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, juga Timbalan Presiden UMNO berucap di hadapan perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agung UMNO dan pembukaan persidangan serentak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam Selasa. Foto: BERNAMA
*****
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini mengajak seluruh anggota Umno untuk bersama-sama melakukan transformasi ke atas parti itu secara menyeluruh bagi membolehkannya kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, beliau memberi amaran parti itu akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan.
"Berubahlah, jika tidak, kita rebah", kata beliau yang bakal mengambil alih teraju Umno dan kerajaan, dalam nada dan wajah serius di hadapan lebih 2,300 perwakilan ketiga-tiga sayap Umno itu, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Ketika menyampaikan ucapan bertema "Menakhoda Zaman", Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.
Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi."Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.
"Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi.
"Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa" katanya. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat," katanya.
Mengenai soal pendidikan dan pengkaderan, beliau berkata kursus-kusus politik secara terancang berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps, perlu diadakan untuk mengukuhkan nilai murni perjuangan selain melatih anggota parti menjadi pemimpin yang mulia.
"Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman yang secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti."Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata Umno mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu untuk kekal lestari."Mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).
"Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.
Najib turut meminta para perwakilan yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan parti pada Khamis ini supaya memilih satu pasukan pimpinan yang ampuh dan padu."Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi." katanya.
Beliau berkata Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.Umno, kata Najib, harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat.
"Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang."Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan," katanya.
Sambil menegaskan bahayanya gejala rasuah, Najib berkata: "Kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan 'beri salah, tidak beri kalah'.
"Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi... Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
"Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini," katanya.Selain itu, Najib juga bercakap mengenai tanggapan umum bahawa aspirasi Umno adalah berbeza dengan aspirasi massa.
"Bagi mereka, cita rasa Umno bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang Umno janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti.
"Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak."Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sesebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?," katanya dalam ucapan lebih sejam yang mengupas pelbagai isu.
Najib juga berkata Umno perlu membuka pintunya seluas mungkin kepada orang Melayu memandangkan bukan semua orang Melayu menjadi anggota parti itu.
"Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya."Umno akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli Umno berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui Umno," katanya.
Lantas, Najib mengingatkan para perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu bahawa tugas mereka tahun ini adalah "yang paling berat dalam sejarah " Umno. "Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah'" katanya.
Tetapi, menurut Najib, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu. "Sebab itulah mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga. "Oleh sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar menjadi benci dan terus tidak peduli".
Menyingkap sejarah perjuangan Umno, Najib berkata Umno ternyata mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan.Katanya, telah terbukti juga Umno adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia.
"Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja."Hakikatnya, Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman," kata Najib.
Beliau juga mengingatkan anggota Umno supaya berpijak di bumi nyata kerana lanskap politik negara telah berubah sama sekali."Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari dengan tuntutan zaman. kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam," katanya.
Umno, kata Najib, juga tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda, kerana parti itu bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka.
Pada masa ini 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus pada 2020."Janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.
Beri saya saf padu – Najib
Najib Tun Razak bersama pemimpin ketiga-tiga sayap parti (dari hadapan, kiri) Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Noraini Ahmad (duduk) melaungkan 'Hidup Melayu' pada majlis perasmian persidangan serentak perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi. Turut hadir Setiausaha Agung umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – utusan*****
Dalam ucapan yang ringkas tetapi sarat dengan pesanan dan peringatan, Timbalan Presiden UMNO itu juga mahu kepimpinan beliau sebagai Presiden parti kelak disokong oleh sekumpulan pemimpin yang ampuh dan padu.
Kata Najib, amanah yang dipikul oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diserahkan kepadanya dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara.
Oleh itu, katanya, tergalas di bahu beliau satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia UMNO membela untung nasib rakyat.
Justeru, beliau berharap permuafakatan yang terjalin antara tiga sayap parti – Pemuda, Wanita dan Puteri – dapat diteruskan sementara sokongan yang sama turut diberikan oleh ahli-ahli UMNO kepada bakal Timbalan Presiden yang baru kelak.
“Dengan penuh semangat saya yakin bahawa jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Ucapan yang fokus kepada peranan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO itu dimulakan dengan menyentuh jatuh bangunnya ahli-ahli ketiga-tiga pergerakan itu untuk berfungsi sebagai nadi perjuangan parti.
Dalam ucapan tersebut, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan dirinya bahawa laluan kepimpinan yang bakal diwaris beliau itu telah dirintis oleh pemuka-pemuka bangsa yang agung.
Beliau menamakan satu persatu tokoh negara bermula dengan Datuk Onn Jaafar, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman, seterusnya Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan oleh beliau sebagai amat berbakti kepada negara.
Najib turut melahirkan rasa hiba kerana persidangan kali ini adalah yang terakhir bagi beliau sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan tiga sayap parti itu selepas lebih 33 tahun bersama.
“Alangkah hiba rasanya malam ini saya berdiri di hadapan saudara-saudari buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri.
“Saya juga berasa terharu dan tawaduk kerana diri ini diamanahkan dengan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara,” katanya.
24 Mac 2009
Perhimpunan Agung Titik Tolak Transformasi Dalam Umno
Oleh Syarifah Hunaini Syed IsmailGuru Kemas menangis
MURID-MURID Tabika Kemas terpaksa belajar di bawah khemah dan beralaskan tikar plastik.Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED zainal.mohamed@kosmo.com.my
Demikian rintihan guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Rakyat Mergong di sini, Che Gayah Wahab, 42, berikutan 32 muridnya terpaksa belajar di luar kelas.
Kelmarin, pelajar tabika di taman itu terpaksa belajar beralaskan tikar getah namun semalam keadaan mereka semakin baik apabila diletakkan di bawah khemah dan berada di atas platform kayu.
Sambil menitiskan air mata, Che Gayah berkata, dia begitu sedih dan kecewa apabila melihat muridnya terpaksa belajar seperti orang pelarian yang merempat.
"Kelmarin mereka belajar tanpa bumbung dan akibatnya seorang daripada murid terbabit tidak dapat hadir kerana demam," katanya ketika ditemui Kosmo!.
Kosmo! semalam melaporkan seramai 32 murid Tabika Kemas Taman Rakyat Mergong di sini terpaksa belajar beralaskan tikar getah apabila mereka diusir oleh Badan Amal Penduduk Islam
Sementara itu, pengerusi persatuan penduduk kawasan itu, Md. Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan mengusir 32 murid terbabit tidak bermotifkan politik.
CHE GAYAH terharu melihat keadaan murid Tabika Kemas Taman Rakyat Mergong, Kedah semalam.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai alasan tersendiri mengapa Kemas terpaksa diusir dari bangunan yang ditadbir oleh badan berkenaan sejak setahun lalu.
Beliau mendakwa, selain bayaran sewa, Kemas langsung tidak melayan permohonan penduduk di situ yang mahukan prasarana rosak seperti tandas dibaiki.


