Nampaknya Pengerusi DAP, Karpal Singh dah jadi macam biawak jatuh lubang, macam cacing kena panas.
Tentangan hebat orang-orang melayu kerana menjadi YB penderhaka kepada Raja-raja Melayu boleh 'membunuh' kerjaya beliau dalam politik.
Politik bukan pentas Akademi Fantasia dengan mencipta polimik, untuk menjadikan kita popular dan seterusnya kita gah sepanjang masa.
Apa yang dihadapi oleh Karpal ibarat biawak jatuh lubang tempat buang sampah yang dalam dan dalam usaha biawak menyelamatkan diri nak memanjat naik ke atas semua yang ada dalam lubang dicapai dengan kelam kabut. Semua benda digapai, tali buruk, akar kayu, tin-tin kosong, sampah sarap dan sebagainya. Janji cepat-cepat keluar dari lubang gelap dan kotor.
Puas menonjolkan sikap angkuh dan sombongnya, kali ini Karpal cuba mengaitkan isu YB. Rasol Wahid dan 22 YB dari Terengganu sedikit masa dulu mengenai isu perlantikan Menteri Besar Terengganu bagi mengalih tumpuan orang ramai tentang sikap biadapnya.
Nak kata bodoh, Karpal ni seorang YB dan peguam tersohor kononnya. Jauh sangat persamaan isu beliau dengan Istana Perak dengan kes Rosol dan 22 ADUN Terengganu, kalau nak dibanding.
Tiada persamaan langsung.Lagi pun isu itu telah selesai dan tidak berjela-jela seperti kes Karpal boleh diandaikan seperti kisah orang tua nyanyuk yang berak heret najisnya merata-rata tempat hingga menganggu keselesaan orang lain.
Sarang tebuan jangan dijolok! Tak sempat mengelak boleh membawa maut.
-- Putra Lembah Utara.
1 ulasan:
Karpal Singh bukan saja macam biawak tetapi seperti makhluk yang tiada gambarannya kerana makhluk ini merasai dirinya lebih tersohor dari orang lain, sedangkan KERPAL ini seperti kapal buruk yang boleh dibuat tukun ikan membiak
2. KERPAL ini makin ganas kerana orang Melayu yang "Kora" ada dibelakang beliau, sokong demi Pakatan mereka.
Catat Ulasan