GERIK, 9 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini sekali lagi meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepadanya untuk ke udara di stesen radio Perak.
Katanya beliau masih belum menerima maklum balas berhubung permohonan kepada RTM untuk memberi ruang kepadanya berucap melalui siaran radio Perak FM selama 30 minit seminggu.
"Jawatan Menteri Besar ini diputuskan oleh rakyat dan dilantik selepas mendapat perkenan Sultan (Perak)," katanya berucap pada jamuan bersama rakyat di Dewan Serbaguna di sini, Isnin.
"Kita hanya mahu peluang untuk menyuarakan kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan negeri... kerana suara kami tidak keluar dalam radio Perak FM maka terpaksalah menjelajah sendiri ke seluruh negeri bagi berjumpa rakyat," katanya.
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek bulan lepas berkata Kementerian Penerangan tidak pernah menghalang agensi-agensinya seperti RTM membuat liputan aktiviti di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana liputan dibuat berdasarkan nilai berita.
-- BERNAMA, 10/06/08.
1 ulasan:
Confirm... MB Perak ni jenis benggong! Tolol tak habis-habis, nak elak dari angkara menderhaka kepada Sultan tempohari, kini lontar tuduhan kepada RTM pula. Jenis apa ni weh!
Catat Ulasan