10/01/2009 5:38pm
KOTA TINGGI 10 Jan. — Rakyat Malaysia tidak sepatutnya meminta mana-mana negara asing mencampuri urusan dalam negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
’Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya setia kepada negara dan tidak meminta mana-mana negara asing mencampuri urusan dalam negara,” katanya sebagai mengulas laporan media mengenai seruan pemimpin HINDRAF P.Waytha Moorthy kepada kerajaan India agar mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia.
“Kepada yang membuat perkara begitu (seruan agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap Malaysia), mereka mempunyai pilihan sama ada terus menjadi rakyat Malaysia atau menjadi rakyat negara asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen gotong-royong di Kampung Sentosa, Tanjung Sedili.
- Bernama

1 ulasan:
Siapa HINDRAF ni... dah melampau sangat akhir-akhir ini. Kalau rasa Malaysia dah tak sesuai dengan mereka. Kenapa nak suruh negara India sekat ekonomi pula, dia lah patut minta jadi rakyat India. Ini lebih rasional.
Catat Ulasan