Jika ada pertandingan personaliti bulanan, Awang mahu memilih Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai ‘tokoh’ bagi bulan Februari.
Sememangnya Karpal berjaya mencuri perhatian dengan banyak kenyataannya sepanjang bulan ini daripada isu menghina raja sehinggalah kepada tindakannya memaki Pemuda UMNO.
Terbaru, beliau berulang kali mencela Pemuda UMNO semasa sesi Dewan Rakyat baru-baru ini - mencetuskan pertikaman lidah dan kekecohan. Beliau menuduh Pemuda UMNO menghantar dua butir peluru sambil menyebut sekurang-kurangnya tiga kali perkataan celaka yang ditujukan kepada pergerakan itu. Sehari kemudian, Pemuda UMNO Selangor tampil di lobi Dewan Rakyat membantah kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang membawa kepada suasana tegang.
Awang tidak terkejut dengan tindakan Karpal. Walaupun sudah lanjut usia dan berkerusi roda selain reputasinya sebagai peguam terkenal, tindak-tanduknya kebelakangan ini tidak mencerminkan itu semua.
Perbuatan beliau menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru sememangnya berniat jahat dan sengaja menyalahgunakan kebebasan dalam Dewan Rakyat untuk muslihat politik. Apakah asasnya menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru dan apa buktinya? Jika andaian dibuat semata-mata kerana ramai ahli sayap parti itu membuat demonstrasi dan laporan polis membantah kenyataannya menghina Sultan Perak, itu bukan bermakna bahawa peluru itu dihantar oleh Pemuda UMNO.
Untuk pengetahuan Karpal, bukan setakat Pemuda UMNO yang marahkan beliau malah ramai orang Melayu meluat dengan sikapnya meskipun tidak ditunjukkan secara terbuka seperti demonstrasi.
Di kalangan pakatan pembangkang, Karpal juga tidak disenangi para penyokong pemimpin tertentu misalnya ekoran kenyataan beliau menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejatuhan kerajaan campuran pembangkang di Perak. Begitu juga dengan pendiriannya yang konsisten menolak penubuhan negara Islam tajaan Pas dan ada juga pemimpin DAP yang makan hati dengan beliau. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, Karpal tentu faham hakikat itu.
Siapa tahu, mungkin yang menghantar peluru kepada Karpal adalah musuh dalam selimut yang bermotif mahu memburukkan Barisan Nasional (BN) pada ketika pakatan pembangkang semakin goyah. Lebih-lebih lagi sememangnya menjadi ‘polisi’ pembangkang untuk menuding jari kepada BN dan UMNO terhadap apa sahaja perkara yang tidak memihak kepada mereka. Kalau ada yang terlibat skandal seks, melakukan rasuah dan salah guna kuasa biarpun itu sebenarnya kesilapan sendiri, maka jalan keluar terbaik adalah untuk menyalahkan BN.
Kelompok ahli politik yang suka melakukan pembohongan dan memanipulasi keadaan, akan sentiasa mereka-reka apa sahaja untuk tujuan politik. Golongan sebegini akan percaya dan hidup dengan pembohongan mereka sendiri. Sama ada Karpal termasuk dalam golongan tersebut, Awang tidak pasti.
Mungkin juga yang menghantar peluru itu adalah individu yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi mahu melahirkan perasaan marah kepada Karpal. Atau mungkin penyokong Karpal sendiri berbuat demikian sebagai strategi politik menarik simpati orang ramai terutama ketika Karpal menjadi sasaran kebencian banyak pihak (di sebalik ada yang menganggap beliau hero). Segala-galanya berkemungkinan.
Dalam hal ini, Awang setuju dengan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa tindak-tanduk Karpal di Dewan Rakyat, ternyata tiada kelas meskipun DAP sering mendakwa bahawa ahli-ahli Parlimennya bertaraf kelas pertama dalam serba-serbi.
Persoalannya sekarang bersediakah Karpal menarik balik kenyataannya sebagaimana yang dituntut oleh Khairy dan Pemuda UMNO? Atau beranikah beliau mengulangi kata-kata maki hamun itu di luar Dewan Rakyat? Awang agak skeptikal Karpal akan berbuat demikian.
Pertama, beliau tentunya mahu menjaga air mukanya sebagai pemimpin politik. Kedua, Karpal bukanlah seorang yang berani walaupun selalu cakap berdegar-degar.
Terbaru beliau mendabik dada menyatakan bahawa ‘‘Saya Singh. Singh is King.” Awang mahu tergelak besar dengar ungkapan itu daripada mulut Karpal. Tiada siapa yang mempersoalkan beliau seorang Sikh. Namun kata-katanya itu menguatkan lagi persepsi ramai bahawa Karpal seorang yang bersikap rasis. Nampaknya beliau juga mahu memperjuangkan konsep ketuanan Sikh di negara ini yang cuma beberapa kerat sahaja jumlahnya. Kalau pemimpin UMNO bercakap tentang ketuanan Melayu, beliau lantang menuduhnya sebagai bersifat perkauman tanpa mahu melihat dalam konteks sejarah. Karpal menganggap beliau Sikh yang hebat dan berkuasa, kita tunggulah sama ada beliau berani membuat tuduhan yang sama terhadap Pemuda UMNO di luar dewan. Jika beliau tidak berani, Awang akan lagi tergelak besar. King atau raja apa, kalau bacul?
Cuma satu harapan Awang kepada Karpal, jagalah kesihatan dan jantung anda. Ramai teman termasuk ahli parlimen memberitahu, air muka beliau (seperti seorang, dua pemimpin pembangkang) semakin keruh kebelakangan ini. Apakah ia kerana jantung beliau semakin bergerak laju atau makin merasa tertekan termasuk kemungkinan dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Hasutan, yang cuba disembunyikan di sebalik cakap besarnya selama ini? Dia juga manusia biasa.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

- MM, 01/03/09.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan