16 November 2009

Muslimat mahu Pas tambah kerusi DUN dan Parlimen wanita

Bernama - 16/11/2009
KOTA BHARU 16 Nov. — Dewan Muslimat Pas mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula desakan memperuntukkan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen diwakili wanita pada pilihan raya akan datang.
Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, langkah itu perlu memandangkan ramai wanita berpendidikan tinggi dan layak wajar diberi tempat dalam pentadbiran mengikut kesesuaian masing-masing.
Beliau berkata, kebolehan anggota Dewan Muslimat dalam bidang pentadbiran ketika ini tidak kurang hebat berbanding dengan lelaki dan ia berbeza dengan sebelum ini.
"Dewan Muslimat Pas Pusat akan meneruskan desakan itu supaya pucuk pimpinan dapat memenuhi kehendak dan kemahuan anggota dewan itu sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita pada Seminar Penggubalan Dasar Wanita Mawaddah Kelantan, di Pantai Cahaya Bulan, dekat sini, hari ini.
/...

Tiada ulasan: