KUALA KRAI 18 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krai semalam dibubarkan apabila beberapa pemimpin bahagian dan cawangannya mengumumkan keluar parti itu.
Pemangku Ketua bahagian itu, M. Amavasamy bersama barisan jawatankuasa termasuk Ketua Pemuda, Naib Ketua Wanita serta empat Ketua Cawangan dalam bahagian itu terlibat dalam pembubaran itu.
Serentak itu, Kelab Penyokong Pas Parlimen Kuala Krai turut ditutup apabila barisan kepimpinannya yang rata-rata terdiri daripada orang yang sama turut meletakkan jawatan.
M. Amavasay berkata, tindakan tersebut diambil selepas mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pas Kelantan dan PKR kerana gagal memperjuangkan nasib kaum India di negeri itu.
Kata beliau, pihaknya percaya kira-kira 1,500 ahli PKR di bahagian itu akan turut mengikuti langkah kepimpinan bahagian tersebut untuk keluar parti.
"Saya sebagai Ketua Kelab Penyokong Pas Kelantan dan Ketua PKR bahagian telah menerima banyak aduan daripada rakyat di kawasan Parlimen ini, tetapi tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan oleh kerajaan Pas Kelantan,'' katanya pada sidang akhbar di Kampung Baru Keroh di sini semalam.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan