KUALA LUMPUR 9 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menerima peletakan jawatan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Salehuddin Hashim yang berhasrat mahu menceburi semula bidang korporat.
Naib Presidennya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, keputusan itu dibuat setelah kepimpinan parti bermesyuarat selama kira-kira tiga jam bermula 5 petang ini di ibu pejabatnya di Tropicana, Petaling Jaya di sini.
Tambahnya, mesyuarat itu turut melantik pengganti Salehuddin namun beliau enggan mendedahkan nama individu terbabit.
“Saya tidak boleh mendedahkan nama pengganti itu kerana Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengumumkannya esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Peletakan jawatan Salehuddin dibuat atas alasan peribadi kerana beliau mahu menyambung semula tugas sebagai jururunding dalam bidang pengurusan minyak dan gas.
Salehuddin turut menolak desas-desus peletakan jawatannya itu mempunyai kaitan dengan kritikan terhadap tindakan kerajaan negeri Selangor Oktober lalu mengambil alih hutang Talam Corporation sebanyak RM391 juta.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan