Utusan - 06/02/10
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
NajIb Tun Razak sempat beramah mesra dengan sebahagian ulama pada Majlis Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 5 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyah yang akan melahirkan satu ummah yang progresif.
*****
Perdana Menteri berkata, Wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan seimbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah tanpa mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mengira bangsa serta agama dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
Menurutnya, dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa.
‘‘Konsep Wasatiyah ini adalah baik dan sangat digalakkan oleh Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau, begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan dianggap suatu kecuaian.
‘‘Maka umat Islam tidak boleh jumud dan ekstrem, begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas tanpa sempadan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama ulama dan umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan Gagasan 1Malaysia dan Logo 1 Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia.
Najib berkata, sememangnya konsep Wasatiyah menekankan amalan ajaran Islam yang berimbang dan syumul dalam segenap bidang kehidupan.
‘‘Bersesuaian dengan slogan pencapaian diutamakan, maka konsep Wasatiyah ini akan merealisasikan ajaran Islam yang lebih komprehensif serta berimbang antara pelbagai tuntutan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh,” katanya.
/hwa-utusan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan