UM - 03/03/10
Oleh SOPI SAMAILE dan MUHAMAD ZAID ADNAN
Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Abdul Taib Mahmud dan para pemimpin lain mengibarkan bendera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan Barisan Nasional pada majlis perasmian Perhimpunan Agung PBB Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam. - bernama******
KUCHING 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.
Menurut Perdana Menteri, keadaan itu merupakan asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.
''Jadi, itu merupakan asas pokok untuk mereka membuat keputusan meninggalkan PKR," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin PKR keluar parti tersebut sejak kebelakangan ini.
Terbaru ia melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohammed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Mengenai keinginan Mohammad Fairus untuk menyertai UMNO, Najib memberitahu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti itu merasakan sudah dikhianati oleh pucuk pimpinan PKR.
Katanya, Mohamad Fairus mengatakan yang dirinya difitnah serta dianiaya hingga merasakan sudah tiba masanya untuk bertindak menyertai UMNO.
Terdahulu dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung PBB, Najib turut menyifatkan PKR sebagai parti yang 'menyendeng' dengan menabur pelbagai janji termasuk bintang serta bulan tetapi satu demi satu wakil rakyatnya mula hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti berkenaan.
''Ada orang berbisik sesuatu kepada saya bahawa PKR itu adalah 'Parti Kian Rebah' dan kita tidak perlu orang yang tidak terbukti sebagai pembangkang," ujarnya.

/hwa-utusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan