2 Jun 2010

Kapten Tokalak - Israel seolah suka main senapang

HM - 2010/06/02

"Mereka mengacukan dua senapang sekaligus di kepala setiap anak kapal," kata kapten berbangsa Turki yang baru dibebaskan.

Beliau berkata, ia seakan berada dalam filem dan menganggap Israel memang sukakan senjata.

"Mereka sangat berminat dengan senapang, seolah-olah permainan buat mereka," katanya ketika sidang media yang dibuat selepas pembebasannya di Istanbul.

Bagaimanapun, tiada krew kapalnya dibunuh ketika kejadian terbabit.

Kapal Tokalak yang membawa bekalan perubatan berada di belakang Mavi Marmara ketika serangan komando terbabit yang ketika itu belayar 68 batu di luar perairan Israel.

/hwa-hmetro.com.my

Tiada ulasan: