DEMI MARUAH

26 Jun 2010

SENYUM KAMBING

Sabtu, 26 Jun 2010
at 11:29 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

PRK Kuala Besut

PRK Kuala Besut

Search

Masa

Pautan

  • 02. Blog AuraIdris
  • 03. UMNO Online
  • 04. UMNO Besut
  • 05. Utusan Online
  • 06. Berita Harian Online
  • 07. Bernama
  • 08. Waktu Solat
  • 09. Quran Explorer
  • 10. Iqra Foundation
  • 11. JAKIM
  • 12. E-Khutbah
  • 13. KOMASS
  • 14. Jom! Pulau Perhentian
  • 15. Perhimpunan Agung
  • 16. Ensiklopedia Muslim
  • 17. Petiundi K. Bemban
  • 18. Pusat Minda Besut
  • 19. UMNO Caw K. Bemban

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka"

Oleh Usman Awang


Blog Archive

  • Ogos (1)
  • Julai (1)
  • Ogos (20)
  • Julai (55)
  • Jun (126)
  • Mei (188)
  • April (450)
  • Mac (303)
  • Februari (323)
  • Januari (331)
  • Disember (184)
  • November (73)
  • Oktober (193)
  • September (242)
  • Ogos (193)
  • Julai (211)
  • Jun (144)
  • Mei (238)
  • April (136)
  • Mac (39)
  • Februari (34)
  • Januari (21)
  • Disember (16)
  • November (72)
  • Oktober (48)
  • September (55)
  • Ogos (48)
  • Julai (12)
  • Jun (10)
  • April (1)
  • Mac (316)
  • Februari (235)
  • Januari (80)
  • Disember (97)
  • November (118)
  • Oktober (177)
  • September (226)
  • Ogos (140)
  • Julai (89)
  • Jun (76)
  • Mei (53)
  • April (81)
  • Mac (57)
  • Februari (85)
  • Januari (55)
  • Disember (77)
  • November (120)
  • Oktober (27)
  • September (48)
  • Ogos (66)
  • Julai (25)
  • Jun (32)
  • Mei (7)
  • April (45)
  • Mac (43)
  • Februari (64)
  • Januari (19)
  • Disember (26)
  • November (11)
  • Oktober (33)
  • September (14)
  • Ogos (34)
  • Julai (32)
  • Jun (18)
  • Mei (43)
  • April (68)
  • Mac (4)

ARKID BULANAN

  • 01. Mac 2008
  • 02. April 2008
  • 03. Mei 2008
  • 04. Jun 2008
  • 05. Julai 2008
  • 06. Ogos 2008
  • 07. September 2008
  • 08. Oktober 2008
  • 09. November 2008
  • 10. Disember 2008
  • 11. Januari 2009
  • 12. Februari 2009
  • 13. Mac 2009
  • 14. April 2009
  • 15. Mei 2009
  • 16. Jun 2009

Categories

  • Politic (12)

Followers

About Me

  • demi maruah
  • demimaruah

Pages

  • Laman utama

Sample text

Ads 468x60px

Kalendar Hijrah

http://hijrah.mfrapps.com/api/hijrah-api.php
Tema Ringkas. Imej tema oleh merrymoonmary. Dikuasakan oleh Blogger.