Bernama - 5/8/10
2010/08/05
KUALA TERENGGANU: Tuduhan kononnya FELDA bankrap ditimbulkan oleh pihak yang tidak bermoral bertujuan semata-mata ingin memancing undi masyarakat peneroka, kata pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.Menurut beliau, tuduhan tidak bertanggungjawab itu turut memberi masalah kepada FELDA sehingga terpaksa menjelaskan perkara sebenar kepada rakan niaga dari negara luar.
"Rakan niaga kita di luar negara dari India, Pakistan, China, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, bila dengar perkara demikian mereka rasa pelik, mereka bertanya. Jadi kita terpaksa jelaskan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata dakwaan kononnya FELDA bankrap tidak benar sama sekali malah FELDA kini antara agensi yang terbaik berbanding dengan organisasi lain.
"Pihak pengurusan tidak lihat penguncupan dalam pendapatan FELDA. Pendapatan purata FELDA untuk perniagaan teras kita iaitu sektor perladangan dan perniagaan lain yang memberi pendapatan tambahan yang dijalankan, terus mantap," katanya.
/hwa: bharian.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan