BH - 2010/10/30
TENGKU Razaleigh   bersalaman dengan masyarakat Orang Asli di Pos Hau ketika membantu calon BN  berkempen, semalam.Oleh Zulkofli  Jamaludin, Ismail Mat, Nazura Ngah, Norliza Wasilan, Haspaizi Mohd Zain,  Ramli Ibrahim, Nor Hazwani Hamat, Paya Linda Yahya dan Mohd Fakri Awang  Lah. bhnews@bharian.com.myUsia tak halang   bersemuka pengundi, pastikan kemenangan BN
GUA MUSANG: Usianya 73 tahun dan tugasnya Pengarah Pilihan Raya Barisan  Nasional (BN) DUN Galas. Namun, Tengku Razaleigh Hamzah, seorang veteran  dalam politik dan pernah menjadi Menteri Kewangan sanggup meredah  belantara hampir 12 jam untuk bertemu lebih dekat dengan pengundi Orang  Asli.
Bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar, `anak raja Kelantan’ itu menaiki pacuan empat roda berkonvoi bersama pasukan jentera BN seawal jam 8.30 pagi kelmarin melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar.
Walaupun menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan tersangkut dalam selut tanah merah, ia tidak mematahkan semangat Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk mendengar rintihan dan keluhan masyarakat di situ.
Dalam ucapannya ketika pertemuan dengan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar, Tengku Razaleigh berkata kehadirannya adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.
"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli. Ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.
Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan Orang Asli, tetapi sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.
"Kita akan berunding dengan kerajaan negeri supaya memberikan hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli untuk dijadikan tapak rumah, tanah perkuburan dan tanah pertanian supaya mereka juga mempunyai harta pusaka untuk diwariskan kepada generasi mereka.
“Ladang rakyat yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan Orang Asli hanya karut kerana mereka hanya menjadi kuli dan sedangkan Orang Asli mahukan tanah sendiri," katanya.
Selepas di situ selama sejam, Tengku Razaleigh ke Pos Hau, yang mengambil masa empat jam perjalanan lagi dengan laluan lebih sukar kerana hujan. Tanpa menghiraukan penat, beliau menunjukkan sikap pemimpin berjiwa rakyat melayan masyarakat di Pos Hau yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.
/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan