UM - 25/10/10
|
MOHD. Shafie Apdal memerhatikan sekumpulan remaja mendaftar sebagai ahli di kaunter Ikon 1Malaysia pada perasmian Karnival Iktiraf Wilayah Segamat 2010 di Gugusan Felda Moakil, Segamat, Johor, semalam. |
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu sensitif seperti itu boleh menghuru-harakan negara.
Jelasnya, Perlembagaan yang telah dipersetujui semua kaum sebelum negara mencapai kemerdekaan itu perlu dihormati dan tidak perlu dipersoalkan lagi.
''Pada masa sama, kita juga mahu orang Melayu tidak cepat melatah apabila perkara ini disentuh oleh mana-mana pihak kerana perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara," katanya ketika di temui di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika mengulas rumusan dan intipati sepanjang Perhimpunan Agung UMNO ke-61 yang berakhir semalam.
Jelasnya, ketegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar dan penggulungan memperlihatkan bahawa usaha parti dalam menjadi landasan sebenar orang Melayu adalah jelas dan nyata.
Katanya, perjuangan UMNO bukan sekadar menjadi pemangkin orang Melayu bahkan mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu yang tidak terdapat dalam parti-parti lain seperti pembangkang.
''Mana ada parti-parti pembangkang yang menyentuh secara holistik termasuklah agenda memperkasakan Melayu, kedudukan agama Islam, serta bahasa Melayu. Hanya UMNO yang dapat melakukannya.
''Pas tidak, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun tidak, apatah lagi DAP yang mahu hak sama rata," katanya.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan