HM - 14/11/10
JERTIH: Semangat kekitaan untuk menjayakan Program Qurban dan Aqiqah sumbangan Harian Metro ditunjukkan penduduk 10 kampung di Peti Undi Kubang penduduk kawasan terbabit.Penduduk dari Kampung Tok Donik, Lapang Kotak, Telok, Pak Demalik, Gong Pak Cheng, Alir Lintah, Gong Terap, Gong Mak Som, Gong Badang dan Kubang Benban selaku tuan rumah membuktikan semangat itu apabila mereka keluar beramai-ramai bergotong-royong di lokasi penyembelihan korban semalam.
Program gotong-royong diketuai Pengerusi Peti Undi Kubang Bemban, Anuar Mahmood, turut disertai 100 penduduk termasuk wanita yang menjalankan kerja menyediakan jamuan kepada peserta.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubang Bemban, Zakaria Jusoh berkata, penduduk tidak sabar untuk menyertai program paling berprestij di kawasan itu.
Katanya, kesediaan Harian Metro dan Penyelaras DUN Jertih memilih kawasan itu sebagai lokasi program Sempena Ulang Tahun ke 20 akhbar ini amat dihargai.
Menurutnya, sebaik mengetahui kampung itu dipilih pihaknya sudah tiga kali bermesyuarat bagi mengatur perjalanan program yang turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurutnya, program gotong- royong itu juga sebahagian gerak kerja penduduk untuk melihat program terbabit berjaya dan mendapat sokongan semua pihak.
Zakaria berkata, pihaknya juga akan memastikan pelbagai acara sampingan bagi memeriahkan majlis dengan lebih 1,000 jemputan termasuk rombongan warga Harian Metro diketuai Pengarang Kumpulan, Datuk Mustaffa Omar itu.
Pada majlis itu, 12 lembu disumbangkan Harian Metro selain dua sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan dikorbankan.
/hwa: hmetro.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan