UM - 31/1/11
|
MOHD. Azahar Ibrahim membuang undi pada jam 8.57 pagi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, Johor, semalam. |
Beliau yang lengkap berbaju Melayu biru ditemani isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, dan neneknya, Esah Sulong, 93.
Mohd. Azahar menunaikan kewajipan tersebut pukul 8.57 pagi manakala neneknya beberapa minit kemudian.
Bagaimanapun, Tuty tidak mengundi kerana berdaftar sebagai pengundi di Kluang.
Sementara itu, calon Pas, Normala Sudirman, 38, juga tidak mengundi pada pilihan raya kecil ini.
Mohd. Azahar kemudiannya meluangkan masa melawat 11 lagi pusat pengundian di DUN berkenaan.
Terdahulu, kedatangan Mohd. Azahar pada pukul 8.55 pagi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah disambut oleh para penyokongnya dengan tepukan dan sorakan.
Walaupun beberapa penyokong pembangkang cuba melakukan provokasi terhadapnya tetapi beliau kelihatan bersahaja.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan