UM - 24/1/11
|
Noh Omar diberi penerangan mengenai produk keluaran peladang oleh Timbalan Pengarah FAMA Negeri Johor, Mohd. Sharizan Mansor semasa Program Bersama Rakyat di Felda Labis, Johor, semalam. |
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, cara mengadakan sidang tersebut sudah pun menampakkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim itu membelakangkan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Jika mahu menjunjung kasih, kerajaan negeri sepatutnya bertanyakan tarikh yang sesuai untuk mengadakan sidang tergempar tersebut kepada Sultan terlebih dulu. Ini tidak, notis sudah keluar baru nak dapat perkenan Sultan Selangor.
"Apa yang dilakukan ini hanyalah gimik politik semata-mata dan rakyat dapat menilai sendiri bagaimana keingkaran dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk mendapatkan perkenan sidang tersebut," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ditemui selepas majlis bersama rakyat dan menandatangani perjanjian jual-beli hasil pengeluaran peserta ladang kontrak MOA Inc. dengan FAMA di Padang Awam Felda Labis dekat sini semalam.
Noh memberitahu, walaupun kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional akan menghadiri sidang DUN yang diadakan khas untuk tujuan itu esok ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan.
"Bagi BN, perlembagaan sedia ada sudah tiada masalah dan ia tidak membelakangi kuasa sultan. Bagaimanapun, kita tetap akan menyertai perbahasan yang akan diadakan pada sidang tergempar DUN itu nanti," katanya.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan