Bernama - 01 Februari, 2011 00:15 AM
  KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Tidak ada jalan untuk PAS menubuhkan  sebuah negara Islam di Malaysia, menurut anggota Parlimen Kuala Selangor  Dr Dzulkefly Ahmad.
 Bercakap pada Forum Hubungan Bangsa dan Agama hujung minggu lepas, yang  dilaporkan dalam portal berita di sini Isnin, beliau berkata  berdasarkan demografi politik di Malaysia tidak ada jalan untuk PAS  mewujudkan sebuah negara Islam.
 Menjawab soalan semasa forum itu, katanya terdapat 60 peratus orang  Islam kepada 40 peratus bukan Islam dan malah PAS tidak ada sokongan  daripada kesemua 60 peratus orang Islam.
 Negara Islam hanya wujud semasa era Nabi Muhammad S.A.W di Madinah,  kata beliau ketika menjawab soalan peserta lain yang membangkitkan  contoh negara Islam seperti Pakistan.
/hwa: bernama.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan