Ahmad Shabery berkata, kejayaan dalam meraih semula sokongan belia jelas terbukti dengan kemenangan BN pada beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini yang turut disokong undi daripada golongan itu.
"Pilihan raya kecil seluruh negara sejak daripada Batu Sapi, Tenang sampailah ke Kerdau dan Merlimau, semua peti undi belia sudah menunjukkan belia bawah 40 tahun berpihak kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Belia 1Malaysia peringkat Asajaya di sini.
Katanya BN, telah menunjukkan rekod yang baik dalam menyokong perkembangan dan kemajuan golongan belia khasnya dari segi pendidikan, perkembangan potensi dalam pelbagai aspek kemahiran.
Menurutnya, beberapa penganjuran program belia yang dianjurkan oleh BN selama ini jelas mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih banyak penyertaan golongan belia.
/hwa: utusan.com.my | bernama - 27/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan