Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya sesebuah UMNO cawangan itu berada dalam keadaan kukuh dan aktif dalam memainkan peranannya, UMNO dan kerajaan itu sendiri akan dilihat sebagai tonggak yang sentiasa mendekati hati rakyat.
"Peranan cawangan UMNO dalam struktur bahagian kita merupakan barisan yang paling hadapan sekali dengan interaksi dengan pengundi dan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan berkelompok Cawangan UMNO Pekan di sini hari ini.
Beliau berkata, selain peranan UMNO cawangan, sokongan tinggi yang diberikan oleh semua kaum kepada BN juga banyak menyumbang kepada kemenangan PRK seperti di Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau baru-baru ini.
/hwa: utusan.com.my | bernama - 12/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan