Desa Ukiran Kayu martabatkan warisan
BESUT 5 Mac - Besut merupakan daerah yang boleh
dianggap sebagai salah satu gedung kesenian Melayu dengan para
penggiatnya masih terus mewarnai kehidupan melalui apa yang mereka
warisi dan pertahankan.
Ini termasuklah seni ukiran kayu dengan nilai estetika yang cukup
tinggi dan dikagumi, ditonjolkan oleh para seniman tradisional melalui
hasil pertukangan yang dilakukan dengan penuh kecintaan.
Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) di Kampung Raja di sini adalah
manifestasi kepada Besut Daerah Ukiran Kayu yang telah diisytiharkan
pada 12 Ogos 1999 oleh kerajaan ngeri.
Ia sekali gus merupakan satu pengiktirafan terhadap pengukir-pengukir
kayu tersohor di sini seperti Allahyarham Che Long Yusof, Allahyarham
Tengku Ibrahim Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) dan Allahyarham Wan
Su Othman (Tokoh Seni Negara 1997).
/hwa: utusan.com.my | 6/3/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan