Kempen mendidik pelajar dengan
nilai-nilai murni dan menolak budaya lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) perlu digerak ke sekolah-sekolah. - GAMBAR HIASAN
*****
KENAPALAH agaknya tiba-tiba isu lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) ini meletup, panas dan menjadi topik
utama yang dibicarakan oleh bukan sahaja media cetak tetapi juga oleh
media elektronik, blog dan alam siber. Malah terkini dibawa ke media
jalanan pula? Apakah isu ini sesuatu yang baru sehingga semua golongan
teruja lantas mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra.
Bila diamati seperti ada sesuatu yang besar bakal berlaku tidak lama
lagi. Agaknya inilah petanda-petanda terakhir yang besar sebelum
munculnya pilihan raya.
Pelik, tentu ramai di luar sana ternganga bila LGBT dikaitkan dengan
pilihan raya? Memang langsung tidak berkaitan sama sekali jika dilihat
dari satu sudut, namun jika dilihat secara menyeluruh tentu kita boleh
memahaminya.
Natijah amalan LGBT mutakhir ini semakin popular malah didokong dan
diperjuangkan oleh beberapa NGO dan para pemimpin kanan mereka. Ini
termasuk jugalah kumpulan yang mengaku akan menguasai Putrajaya selepas
pilihan raya yang bakal menjelang tiba. Tentulah mengesahkan kehebohan
itu adalah saling berkaitan. Benar, kalau itu terjadi maka negara kita
akan dikuasai oleh kumpulan LGBT.
Inilah isu sebenar yang kita perlu berikan perhatian kenapa LGBT
sudah menjadi begitu penting, besar dan sudah tentu relevan kepada semua
rakyat negara ini. Kerana kita tahu bahawa amalan LGBT tidak pernah
diiktiraf oleh mereka yang waras, oleh mana-mana agama dan ahli kitab
keseluruhannya.
Isu ini sebenarnya bukanlah isu mengenai kemanusiaan atau hak asasi
manusia semata-mata. Entah apalah sebenarnya interpretasi hak asasi yang
sedang golongan ini perjuangkan sehingga kononnya LGBT ini tidak
diberikan hak serta tidak diberikan layanan selayaknya sebagai seorang
atau sekumpulan manusia. Benarkah isu berkenaan sedemikian kedudukannya
sehingga kepentingan kumpulan ini perlu diperjuangkan sedemikian rupa.
Agaknya, siapakah sebenarnya kumpulan mereka ini? Begitu pentingkah
sumbangan mereka dalam tamadun manusia sehingga majoriti terpaksa tunduk
kepada desakan kumpulan ini. Walhal, jika ditinjau dari sudut perubatan
mereka ini adalah kumpulan yang bermasalah dari segi psikologi dan
sudah tentu dikelaskan sebagai orang yang sakit. Sakit ini berkaitan
dengan emosi, dan dengan kata lain sakit jiwa.
Kalau begitu, bagaimana agaknya orang yang mempunyai masalah kejiwaan
ini boleh menerajui badan NGO yang penting dalam negara ini dan ada
pula sekarang sedang menerajui parti politik tanah air. Malah bukan
calang-calang jawatan yang disandang mereka. Ini jika diambil kira
sebagai indikator diskriminasi bolehkah dijadikan asas untuk menuding
jari kepada kerajaan bahawa kumpulan mereka ditindas?
Tentu hairan dan pelik apabila pengamal LGBT sudah sampai ke tahap
berkenaan tetapi masih menuduh mereka didiskriminasi. Sudah sah
sebenarnya mereka ini terdiri daripada kumpulan orang yang berpenyakit.
Kerana jika dirujuk secara menegak, melintang atau bersilang sekalipun,
tidak ada sebarang bukti bahawa kumpulan ini ditindas.
Jadinya, apa yang ingin mereka perjuangkan?
Kalau begitu, isu LGBT bukanlah bersifat hak asasi lagi. Ia dijadikan
kambing hitam bagi menghalalkan penggunaan LGBT untuk menarik perhatian
pelbagai kumpulan bagi meningkatkan populariti kumpulan ini dan para
pendokong mereka yang sudah tentu mengamalkan corak kehidupan seperti
mana yang mereka amalkan.
Agaknya mereka ini ingin menyerlahkan lagi ketrampilan dan penerimaan
terhadap kumpulan LGBT dengan menubuhkan satu parti LGBT bagi menyertai
pilihan raya pada tahun ini. Eloklah kalau begitu caranya daripada
asyik bersorak dan mengadakan forum dan menggunakan media tertentu malah
melandaskan kepada pelbagai badan NGO bagi menghalalkan cara supaya
masyarakat majmuk dan majoriti yang mendokong norma kehidupan normal
berpandukan ajaran agama masing-masing tidak lagi boleh bersuara
mengenai kejengkelan diri terhadap kelakuan luar tabie kumpulan ini.
Dengan kata lain, kumpulan kecil ini sudah sampai ke satu tahap
kegilaan yang 'gaban' sehingga ingin memaksakan kepercayaan mereka
kepada majoriti dan bukan sebaliknya. Inilah yang dikatakan masyarakat
69 atau tunggang-langgang. Yang didiskriminasi sekarang bukan kumpulan
minoriti tetapi kumpulan majoriti. Malah kumpulan ini mendesak dan
memaksa supaya sikap pelik mereka itu perlu diterima sebagai lumrah
manusia dan mereka mempunyai hak asasi supaya dihormati.
Apakah mereka yang kononnya terpelajar ini gagal memberi tafsiran
antara kecelaruan sejati, atau nafsu pelik dan otak rosak sehingga
melonggokkan kesemua perlakuan pelik dan di luar tabie berkenaan ke
dalam kumpulan yang sama LGBT.
Inilah sebenarnya yang membezakan manusia dengan haiwan. Kalau ingin
dikelaskan sebagai manusia maka perilaku LGBT ini perlu dihentikan malah
diambil tindakan tegas supaya generasi akan datang boleh diselamatkan
daripada terjerumus ke lembah Luth yang sudah terang dan dinyatakan
secara khusus di dalam kitab suci al-Quran.
Yang penting antara benar dan salah ada garis yang nyata seperti mana
mahkamah ingin menjatuhkan hukuman. Meskipun ada garis kelabu antara
kedua-duanya tetapi ia bukan menjadi satu alasan untuk menghalalkan
semuanya. Ia perlu dilihat daripada satu kes kepada kes yang lain dengan
teliti untuk diberikan pengecualian menggunakan pelantar yang rasional
dan berasaskan hukum kemanusiaan yang sejati.
Cuba kita bayangkan sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan malah
kumpulan ini diberikan ruang untuk menjalankan kegiatan gila mereka di
negara ini secara bebas. Tentunya institusi keluarga, agama, dan moral
tidak lagi dihormati. Apakah yang akan dipanggil oleh anak-anak (anak
angkat) bila kedua-dua yang memelihara mereka adalah wanita, atau
keduanya lelaki atau sebagainya. Agaknya, tentu guru di sekolah pening
kepala apabila borang peribadi keluarga perlukan status penjaga, taraf
perkahwinan dan seumpamanya.
Memang apabila berlaku sesuatu perkara yang keliru daripada awal akan
terus menimbulkan kekeliruan sehingga ke akhirnya. Kiranya ia tidak
dicegah, diperbetulkan atau diambil tindakan, kelak bukan sahaja
menimbulkan pelbagai masalah tetapi dari sudut agama tentunya kita akan
menerima azab dan bala daripada Allah SAW.
Meskipun gerakan dan permainan isu ini mungkin ada pertalian dengan
demam pilihan raya tetapi ia bukan pula boleh dipandang remeh dengan
sebelah mata sahaja. Kerana isu ini memang wujud, baik secara senyap
tetapi sekarang sudah semakin terbuka. Tanpa prejudis kita perlu
melihatnya dengan mata dan minda yang terbuka sebagai penganut agama
yang patuh atau warga negara yang prihatin ataupun sebagai manusia yang
waras bahawa LGBT adalah isu kewarasan melawan kegilaan.
Dunia pelik itu mereka sendiri yang pilih dan ceburinya tanpa paksaan
sesiapa. Jangan pula memaksakan orang lain mengiktiraf perkara luar
tabie berkenaan. Itu sudah zalim, kejam dan di luar konteks hak asasi
manusia lain.
Secara ringkas, mudah dan tidak membebankan kita tutup sahaja buku
LGBT ini dengan mendaftarkan mereka, diberikan kad keahlian, berikan
pengiktirafan seperti yang mereka pinta dan asingkan mereka ke satu
tempat lain supaya mereka boleh dibezakan dan tidak menjadi parasit yang
akhirnya memporak perandakan ketamadunan dunia ketika ini sehingga
sanggup pulang ke zaman jahiliah dan menjadi kemurkaan Allah.
PENULIS ialah Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
/HWA: utusan.com.my | 28/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan