PASIR MAS 23 April - UMNO mampu menamatkan era pemerintahan Pas sejak
 20 tahun lalu di Kelantan jika mampu mengelakkan budaya 'cah keting' 
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Veteran UMNO, Tan Sri Hussin Ahmad berkata, kegagalan UMNO untuk 
merampas kembali Kelantan selama ini bukan disebabkan parti berkenaan 
tidak kuat, namun disebabkan penularan budaya cah keting di kalangan 
pemimpin dan ahlinya.
Pas ujarnya, tidaklah sehebat mana tetapi disebabkan tindakan sabotaj
 sebilangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri setiap kali pilihan raya 
menjadi punca UMNO gagal menawan Kelantan.
"Tindakan pemimpin dan ahli UMNO yang terus mengamalkan budaya 
tersebut pada setiap kali pilihan raya umum bukan sahaja merugikan, 
malah turut boleh mengancam perjuangan parti yang semakin berdepan 
dengan cabaran sukar.
"Siapa calon yang diletakkan pada pilihan raya nanti harus diberikan 
sokongan penuh bukannya dengan bertindak mengkhianati mereka," katanya 
di sini, malam tadi.
/HWA: utusan.com.my | 24/4/12 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan