APABILA kerajaan membenarkan Bersih 3.0 terjadi ia membayangkan
keterbukaan kerajaan terhadap perbezaan pandangan. Kerajaan tidak
membenarkan ia berlaku di Dataran Merdeka kerana mengganggu kepentingan
awam. Lalu Stadium Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil ditawarkan.
Tempatnya lebih selesa dan tidak mengganggu kepentingan awam.
Pihak penganjur mahu juga mengadakannya di Dataran Merdeka dengan
kenyataan bahawa ia berlaku secara aman. Apabila ia terus berlaku di
sekitar Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya
membayangkan niat sebenar mereka untuk menimbulkan kekacauan dan
huru-hara. Mereka terperangkap konon melakukan demonstrasi secara aman
tetapi sebaliknya mencetuskan rusuhan dan huru-hara.
Ambiga, Pengerusi Bersama Bersih 3.0 menyatakan bahawa perhimpunan
itu akan berlaku secara aman sebaliknya berlaku rusuhan dan kekacauan.
Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam. Dia tahu hal undang-undang dan
mahkamah. Apabila undang-undang dilanggar dan perintah mahkamah cuba
dicabuli, cita-cita sebenar perhimpunan jalanan terserlah. Ambiga
terperangkap dengannya kerana Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Tian Chua
mempunyai agenda tersendiri untuk menimbulkan huru-hara.
Anwar dan Azmin dalam sidang media 30 April menafikan gerombolannya
memulakan penyerbuan ke Dataran Merdeka. Bila bukti rakaman video
tentang arahan Anwar kepada Azmin untuk merempuh halangan ternyata Anwar
berada dalam keadaan berdolak dalik dan cuba membohongi wartawan.
Sekali lagi Anwar dan Azmin terperangkap dengan sindrom penafian yang
sering menjadi strateginya.
Nik Aziz mengarahkan supaya orang Pas wajib hadir dalam Bersih 3.0
malah memberikan duit poketnya untuk membolehkan sebahagian mereka
hadir. Apakah perintah wajib itu terkait dengan syarak dan ia sesuatu
yang syarie. Apakah melakukan kerja-kerja rusuhan dengan memukul anggota
keselamatan dan media dan membalikkan kereta ronda itu diajar oleh
Islam.
Nik Aziz dengan politik dendam kesumatnya telah mencetuskan nafsu
amarah yang tidak terkawal di kalangan ahlinya dan semacam menyerupai
peristiwa Dataran Tahrir untuk dilakukan di Dataran Merdeka. Sekali lagi
Nik Aziz terperangkap dengan kenyataan dan arahannya dan ia amat
bercanggah dan ajaran Islam.
Pihak penganjur tidak menerima tawaran ke Stadium Merdeka atau
Stadium Bukit Jalil. Mereka bimbang jumlah kehadiran ke sana tidak akan
penuh. Sepatutnya jumlah kehadiran adalah lebih ramai kerana sekatan
terhadap kehadiran tidak semacam Bersih 2.0.
Kehadiran orang ramai di Sarawak menyambut kedatangan Perdana Menteri
kalau tidak sama ramai mengatasi jumlah yang hadir di ibu kota. Ia
memerangkap pihak penganjur kerana jumlah yang hadir adalah kecil kerana
arahan Nik Aziz sepatutnya disambut dengan jutaan manusia. Sekali lagi
mereka terperangkap dengan jangkaan dan harapan.
Pihak keselamatan negara amat sabar menghadapi tindakan agresif,
provokatif dan kecenderungan merusuh yang ada di kalangan yang hadir.
Ambiga cuba meleraikan tindakan di luar undang-undang. Tetapi arahan
Amiba sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0 tidak diendahkan oleh Anwar,
Azmin dan Tian Chua mengarahkan supaya rempuhan dilakukan. Sekali lagi
Ambiga terperangkap antara bersurai dengan agenda Anwar untuk menjadikan
Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir.
Silence-majority atau kumpulan terbanyak di kalangan peniaga, pemandu
teksi, masyarakat awam dan rakyat Malaysia sedang menyaksikan strategi
Anwar untuk sampai ke Putrajaya dengan cara kekerasan. Ia bukan menambah
sokongan terhadap pembangkang malah menimbulkan kebencian dan
kebimbangan hari depan negara sekiranya strategi Arab Spring ini
dicetuskan di Malaysia. Sekali lagi Anwar terperangkap dengan strategi
tersembunyinya kerana itulah saja jalan yang ada baginya yang desprate
dan kehabisan modal dan strategi untuk menghadapi proses demokrasi.
Demi keselamatan negara, Bersih 4.0 tidak seharusnya berlaku. Kita
sudah tahu strategi Anwar dan konco-konconya seperti Azmin yang sedang
menghadapi masalah integriti yang serius mengenai isu moralnya.
Dengan menguasai Putrajaya diharapkan masalah moralnya dapat
dibersihkan. Kerajaan harus menjaga kepentingan rakyat terbanyak. Dalam
proses demokrasi biarlah rakyat menentukan perubahan menerusi peti undi
bukannya demonstrasi jalanan yang disertakan kelompok yang kecewa dan
memiliki rasa dendam kesumat yang tinggi.
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan