SHAH ALAM 1 Mei - Sekretariat Orang Muda Selangor
(Serang) mengingatkan para belia supaya tidak terjebak dengan perangkap
pakatan pembangkang yang sering menjadikan golongan itu sebagai alat
untuk mencapai cita-cita politik mereka.
Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, mengambil contoh insiden
keganasan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu, ia jelas memperlihatkan
bagaimana golongan itu sebenarnya telah 'ditipu' oleh pihak penganjur
yang kononnya pada peringkat awal mahu mengadakan demonstrasi secara
aman.
"Sebaliknya, tiada demonstrasi aman seperti yang dijanjikan oleh
pihak penganjur Bersih 3.0. Kita yakin majoriti golongan belia menyertai
demonstrasi itu disebabkan janji pihak penganjur sebelum ini yang mahu
diadakan secara aman.
"Hakikatnya, mereka sebenarnya telah ditipu pihak penganjur. Kita
tidak menolak kemungkinan pihak penganjur Bersih 3.0 itu sememangnya
dari awal-awal lagi telah berniat mencetuskan kekacauan serta huru-hara.
"Ditambah pula tindakan provokasi daripada pemimpin pembangkang yang
turut sama hadir dalam demonstrasi itu yang didakwa telah 'mengarahkan'
para peserta merempuh sekatan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan