KUALA LUMPUR 2 Mei - Siasatan polis berhubung dakwaan beberapa
pemimpin pembangkang menghina institusi raja-raja Melayu sewaktu
pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah
April lalu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata,
apabila selesai, kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1970 tersebut
akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Katanya, kerajaan sentiasa memandang serius sebarang perbuatan yang dilihat memperlekeh institusi raja di negara ini.
"Kita akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang sedia ada
tanpa mengambil kira latar belakang orang terlibat," katanya ketika
menggulung perbahasan ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara,
hari ini. - UTUSAN
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan