KLUANG 29 April - MCA berharap rakyat dapat melihat 'wajah sebenar'
pembangkang yang jelas memperalatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
tertentu pada perhimpunan haram Bersih 3.0 sehingga mengganggu
ketenteraman awam.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, perhimpunan 'kotor'
yang berlangsung dalam keadaan ganas itu hanya dijadikan medan untuk
pembangkang mencemar imej Barisan Nasional (BN) dan bukannya menuntut
pilihan raya yang adil.
Beliau berkata, dakwaan pembangkang kononnya senarai daftar pemilih
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah 'dicemari' juga adalah pembohongan
yang nyata.
"Jika benar dakwaan pembangkang, bagaimana mungkin mereka yakin dapat memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Bagaimana pembangkang dapat menang di lima negeri pada pilihan raya
umum lepas dan tujuh daripada 16 pilihan raya kecil?," katanya kepada
pemberita pada sesi jelajah pemimpin MCA di sini hari ini.
Beliau berkata, MCA turut mengutuk tindakan pihak yang mencetuskan
keganasan pada perhimpunan haram Bersih 3.0 sehingga sanggup menyerang
kereta peronda polis tetapi pada masa sama mengada-adakan cerita
kononnya polis melakukan keganasan.
/HWA: utusan.com.my | 30/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan