4 Mei 2012

Rempuhan di Dataran Merdeka ekoran arahan Anwar, Azmin

KUALA LUMPUR 1 Mei - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mengesahkan rempuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 ke dalam kawasan Dataran Merdeka Sabtu lalu adalah tindak balas secara langsung daripada arahan berisyarat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarahnya, Datuk Fuad Hassan berkata, jelas dan nyata, kekecohan peserta bermula sejurus Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali datang ke arah peserta sebagai isyarat rempuh selepas dua kali berturut-turut meminta pengesahan daripada Anwar untuk memulakan rempuhan.
''Dalam video yang dirakam itu memang jelas terdengar suara para peserta Bersih di sekeliling Anwar dan Azmin menyebut 'masuk, Dataran Merdeka boleh masuk, masuk... iaitu selepas sahaja Azmin turun dari kereta yang dipanjat sebagai isyarat rempuh.
''Sememangnya jelas isyarat Anwar dan Azmin itu untuk memulakan kekecohan merempuh Dataran Merdeka dan bukannya seperti yang didakwa oleh kedua-dua pemimpin PKR itu semalam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Fuad semalam mendedahkan bukti rempuhan peserta Bersih 3.0 ke dalam Dataran Merdeka merupakan arahan Ketua Pembangkang menerusi rakaman video yang dibuat oleh pegawainya serta beberapa media tempatan dan media asing.
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12

Tiada ulasan: