Mukadimah
KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan
menyifatkan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 tahun ini amat penting demi
kelangsungan jangka hayat parti dan induknya iaitu Barisan Nasional
(BN).
Hakikatnya, 66 tahun usia UMNO menuntut ahli-ahli serta pemimpin itu
terus menggalas tanggungjawab terutamanya dalam mencapai kemenangan pada
Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Beliau juga mahu ahli parti menjadikan sambutan ulang tahun tersebut sebagai pemangkin utama dalam menyemarakkan semangat untuk memperkasakan parti.
Ikutilah wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, HASHNAN ABDULLAH dengan beliau di Putrajaya, semalam.
Beliau juga mahu ahli parti menjadikan sambutan ulang tahun tersebut sebagai pemangkin utama dalam menyemarakkan semangat untuk memperkasakan parti.
Ikutilah wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, HASHNAN ABDULLAH dengan beliau di Putrajaya, semalam.
UTUSAN: Apa pengharapan Datuk sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66
? AHMAD MASLAN: Sempena 66 tahun kelahiran UMNO, kita mengharapkan agar
UMNO akan terus melakukan transformasi sebagai sebuah parti politik
terbesar yang dianggotai oleh 3.4 juta orang Melayu dan bumiputera lain.
Ia penting untuk menghadapi cabaran mendatang kerana pada saya kita
kini berdepan dengan masyarakat yang lebih terbuka, berani menyuarakan
pandangan, mendapat banyak maklumat daripada pelbagai sumber, termasuk
dari media baru.
Jadi pada saya, kita perlu menyediakan diri untuk menghadapi cabaran itu.
Pada pandangan Datuk, apakah fokus utama transformasi tersebut?
Kita mempunyai empat perkataan yang berkait rapat dengan rakyat iaitu
mesra rakyat, mendahului rakyat, juara rakyat dan pembela rakyat.
Semua perkataan itu adalah tema perjuangan UMNO dan tema sambutan
kali ini adalah pembela rakyat dan ini menjadi fokus pemerintah negara
sekarang yang diketuai oleh Presiden UMNO.
Maka, pada kita, rakyat ialah segala-galanya tetapi bila sebut
rakyat, itu bukan hanya Melayu sahaja tetapi rakyat secara keseluruhan
dan juga di pentas global.
Bagaimana pula dengan golongan anak muda ?
Kita tidak pernah melupakan atau meminggirkan peranan golongan anak
muda dalam perjuangan parti. Hampir 1/3 daripada 3.4 juta ahli UMNO
ialah kumpulan anak-anak muda dan kita akan terus berusaha bukan hanya
untuk menambah keahlian di kalangan mereka tetapi memberikan lebih
banyak peluang dalam mengepalai perjuangan parti.
Saya harap UMNO akan beri lebih tempat kepada anak muda kerana perlu
ada keseimbangan dan dalam masa yang sama, UMNO perlu menyediakan
pemimpin pelapis untuk masa depan.
Apakah Datuk merasakan ahli UMNO akan menjadikan sambutan Ulang Tahun
UMNO ke-66 sebagai pemangkin semangat untuk menarik lebih ramai anak
muda menyertai UMNO atau Barisan Nasional (BN) ?
Saya berpendapat setiap ahli UMNO menyedari perkara itu kerana ia
adalah antara tiga perkara utama yang menjadi cabaran dalam
memperkasakan parti di masa depan.
Selain menangani cabaran berdepan dengan ahli parti yang tidak setia
dan kecewa serta memburukkan UMNO, parti itu perlu berusaha mendamping
anak-anak muda untuk cintakan parti dan mengikut perjuangan parti.
Kita kena bantu anak-anak muda secara berterusan kerana itu adalah tanggungjawab selaku parti yang memerintah.
Sama ada mereka akan berterima kasih atau tidak selepas berjaya hasil
bantuan kita, itu terserahlah kepada mereka untuk menentukan.
Adakah Datuk yakin ahli UMNO akan berubah ?
UMNO tidak mengaku kita parti yang sempurna. Namun di sebalik
ketidaksempurnaan itu, kami akan terus memperbaiki dan muhasabah diri.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sebut yang beliau minta
maaf atas apa yang berlaku pada 2008 hinggakan kalah lima negeri.
Rakyat mengingatkan agar pimpinan UMNO lebih mesra, lebih rapat dengan rakyat, membela rakyat, tidak sombong dan lain-lain.
Kami mendengar itu semua dan kami sanggup berubah untuk kepentingan rakyat.
Saya berharap UMNO dan BN dapat diterima oleh majoriti rakyat sebagai
satu pasukan yang berupaya membawa kemakmuran dan keamanan negara.
/HWA: utusan.com.my | 11/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan