IPOH 4 Jun - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu 'mencermin diri' sebelum
mengeluarkan kata-kata yang akhirnya terkena batang hidungnya sendiri.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak, Md. Yusof
Alang Ahmad berkata, tindakan Mohammad Nizar menukar kereta rasmi Proton
Perdana yang digunakan Menteri Besar dan barisan Exco kepada Toyota
Camry sewaktu zaman pemerintahannya dahulu adalah bukti jelas penggunaan
duit rakyat.
"Jadi beliau tidak sepatutnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran
WWW1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana ia tidak
menyentuh sebarang wang rakyat.
"Justeru, kita mahu beliau memohon ampun kepada Tuanku serta rakyat
negeri Johor kerana telah membangkitkan kemarahan mereka," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kecaman
pelbagai pihak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang
tersebut yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan
Ibrahim.
Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berbuat demikian
menerusi laman sosial Twitternya Isnin lalu yang menggambarkan
seolah-olah baginda membida nombor tersebut menggunakan wang rakyat.
Dalam pada itu, Md. Yusof berkata, tindakan Mohammad Nizar yang turut
menukar nombor-nombor plat kenderaan rasmi tersebut kepada nombor
istimewa juga merupakan satu keputusan boros kerajaan pembangkang ketika
itu.
Apatah lagi, katanya, kenderaan-kenderaan berkenaan dijual kembali
dengan harga kereta terpakai yang jauh lebih rendah meskipun ia baru
digunakan antara satu hingga dua bulan.
/hwa: utusan.com.my | 5/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan