4 Jun 2012

Perang psikologi: Pembangkang sedar tak dapat menang PRU-13

KUALA LUMPUR 3 Jun - Pihak pembangkang sengaja melancarkan perang psikologi untuk memanipulasi pemikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) cara ala “Arab Spring" kerana mereka sedar sokongan rakyat terhadap mereka kini kian meleset, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, ini kerana pembangkang juga sedar adalah sukar bagi mereka untuk memenangi PRU ke-13 secara demografi.
Katanya, pada masa yang sama jangkaan mereka bahawa BN akan terus lemah selepas PRU-12 ternyata merosot sama sekali kerana BN kini sudah kembali kuat, kukuh dan bersatu.
"Ini mungkin merupakan satu perang psikologi besar yang dibuat untuk memanipulasi pemikiran rakyat bahawa apabila kerajaan BN menang (dalam PRU ke-13), kerana mereka tahu mereka susah mahu tumbangkan BN secara demografi, ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan isytihar kemenangan itu adalah tidak sah," katanya di sini hari ini.
Terdahulu, beliau melancarkan jentera pilihan raya BN Bahagian Wilayah Persekutuan. Perhimpunan seramai 5,000 anggota dan ketua-ketua komponen-komponen parti BN itu turut dihadiri oleh badan dan persatuan yang menyokong BN. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 3/6/12

Tiada ulasan: