KULIM 1 Julai - Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah
RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak
Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam
tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan
berjumlah RM300 juta kepada kerajaan persekutuan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan
UMNO Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini, Ahmad Zahid berkata bantuan
tersebut disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri dan
agensi-agensi kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan
bantuan kepada rakyat miskin di Kelantan.
Fakta bantuan kewangan ini diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi
(EPU) Jabatan Perdana Menteri dan dibentangkan di Parlimen Mei lepas,
kata Ahmad Zahid.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat berfikir secara rasional dan
menilai dengan adil kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji
berbeza dengan pakatan pembangkang ibarat "saudagar janji."
/hwa: utusan.com.my | 1/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan