Menara Felda
KUALA LUMPUR 14 Julai. – Pembinaan Menara Felda merupakan pelaburan
jangka panjang yang bakal memberi pulangan bukan sahaja dari aspek
kewangan malah dari aspek sosial.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan
berkata menara yang dibina di Jalan Tun Razak berhadapan Menara Kembar
Petronas (KLCC) itu telah mula membawa keuntungan kepada Felda walaupun
belum siap sepenuhnya.
Ahmad Maslan
“Masa
kita beli pada tahun 2008, kita beli dengan harga RM930 sekaki persegi.
Sekarang dah meningkat kepada RM1,400 hingga RM1,500 sekaki persegi.
Dari segi pelaburan, ia tepat kerana berada dalam segi tiga emas. Aset
ini takkan turun harganya,” katanya dalam rancangan Hello Malaysia
terbitan Bernama TV di sini.
Beliau berkata pembinaan menara itu akan turut membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda terutamanya anak-anak Felda.
“Generasi baru boleh kerja di situ. Kita nak anak peneroka uruskan
Felda dari semasa ke semasa. Mereka boleh berada di situ, kerja di situ
dan jadi lambang usaha kita membasmi kemiskinan,” katanya lagi ketika
menjawab soalan seorang pemanggil tentang keperluan pembinaan menara
tersebut. – Bernama/MediaUMNO.
/hwa: umno-online.com | 8/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan