TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan
Tuanku Hajah Haminah berkenan mengiringi Presiden Republik Czech, Vaclav
Klaus bersama isteri Livia Klausova dalam upacara sambutan rasmi di
Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Najib Tun Razak dan
isteri, Rosmah Mansor.
*****
KUALA LUMPUR 5 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech
Vaclav Klaus serta isteri Livia Klausova di hotel penginapan beliau di
sini.
Najib, tiba bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 10.30
pagi, meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Klaus dan isteri.
Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, selaku menteri pengiring.
Rosmah dan Klausova pula mengadakan pertemuan berasingan di hotel berkenaan.
Selesai pertemuan itu, Klaus dan rombangan bertolak ke The
Ritz-Carlton di Jalan Imbi untuk menghadiri perbincangan meja bulat
anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).
Klaus tiba di sini semalam untuk lawatan negara selama lima hari ke
Malaysia. Ini merupakan lawatan negara kali pertama Klaus sebagai
Presiden Republik Czech bagi memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Terdahulu, Klaus dan isteri turut menerima kunjungan hormat daripada
Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di
hotel itu selepas upacara sambutan negara di Dataran Parlimen di sebelah
pagi.
Seri Paduka berdua meluangkan masa bersama Klaus dan isteri pada majlis santapan ringan selama setengah jam di hotel berkenaan.
Malam ini Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah akan meraikan
Presiden Republik Czech itu pada majlis santapan negara di Istana
Negara, Jalan Duta. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 06/-7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan