KISAH permusuhan parti politik DAP dengan Islam khususnya pembentukan
negara Islam di Malaysia bukan rahsia. Ia telah berlarutan sejak tahun
1990.
Ternyata DAP begitu konsisten dalam 'iktikadnya' menentang habis-habisan sebarang usaha ke arah negara Islam.
Walhal, konsep negara Islam telah diumumkan oleh Perdana Menteri
ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.
Menyelusuri hal ini, tidak sukar bagi orang Islam yang waras akalnya
mengetahui hala tuju dan matlamat perjuangan DAP. Kemahuan mereka adalah
melihat Malaysia sebagai negara sekular berlandaskan demokrasi,
keadilan dan hak asasi manusia.
Sebab itu, dikatakan berdosa dan haram umat Islam memberi undi kepada
parti ini yang terang-terangan mengisytiharkan untuk membantah
penubuhan negara Islam.
Atas sebab itu, DAP terutama para pemimpinnya dilihat mempunyai
ciri-ciri kafir harbi iaitu kafir yang memusuhi Islam dan diperangi.
Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya
Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang
memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu
(orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka
sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Mumtahanah: 9)
Daripada ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan: Kafir harbi
adalah orang kafir yang tinggal dan hidup dalam wilayah pentadbiran
umat Islam atau di luarnya, mereka berkhianat kepada negara Islam,
memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan umat
Muslimin dan agama Islam.
Justeru, mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka
menyerang umat Islam atau membantu pihak lain menyerang umat Islam.
Allah SWT juga memerintahkan kita sebagai umat Muslimin supaya tidak
menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin).
Malangnya, Pas, parti yang memperjuangkan negara Islam dilihat
bersekongkol dengan DAP yang ternyata mempunyai matlamat dan haluan
berbeza.
Persoalannya, bila dan di mana terdapatnya titik persamaan dan
kerjasama antara kedua-dua parti pembangkang ini dalam soal Islam.
Berikut disenaraikan beberapa kenyataan pemimpin DAP yang memang bercanggah dengan hasrat Pas dalam isu negara Islam
l 25 Okt. 1999: Pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin memberi amaran parti
itu akan meninggalkan pakatan pembangkang jika Pas meneruskan rancangan
menubuhkan sebuah negara Islam.
l 1 Dis. 1999: Karpal Singh berkata, DAP yang tolak sebarang cadangan
hukum hudud atau penubuhan negara Islam di Malaysia sertai pakatan
pembangkang dengan membuat pra-syarat bahawa Pas melupakan objektifnya
menubuhkan negara Islam.
l 2 Dis. 1999: Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada penduduk bukan Islam yang UMNO
tidak akan berlumba-lumba dengan Pas memperkenalkan dasar Islam yang
lebih ketat untuk menarik sokongan orang Melayu.
Islam memang membenarkan kita berpolitik tetapi jangan kita
mempolitikkan agama sehingga mengorbankan asas atau tunjang perjuangan
kita.
Walaupun pakatan DAP dan Pas dikatakan atas dasar takhalluf siyasi (kerjasama politik) tetapi realitinya, DAP dilihat lebih dominan daripada Pas.
Lihat sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dikuasai
oleh lima ADUN bukan Islam, bagaimana kes rampasan arak pada Julai 2009
yang berakhir dengan minuman keras itu terpaksa dikembalikan kepada
premis terlibat.
Jika dalam hal begini pun, Pas tidak berani bertindak tegas, mampukah
agaknya Pas mahu membentangkan usul undang-undang Islam waima penubuhan
negara Islam dalam sidang DUN.
Pilihan raya bukan pentas membuat uji kaji. Umat Islam mesti membuat pilihan yang tepat memilih kerajaan.
Jangan nanti, segala kebebasan umat Islam beribadat yang kita nikmati
sekarang, peruntukan wang zakat untuk pembangunan umat dan hak
keistimewaan orang Melayu dan Islam tergadai dengan kita memilih DAP.
Singapura perlu kita jadikan iktibar di mana laungan azan pun tidak
dibenarkan berkumandang di luar masjid sebagai mana di negara kita.
Corong pembesar suaranya hanya boleh disalurkan ke dalam.
Seperkara tentang perangai kafiriin ini, meskipun di antara mereka berlaku perselisihan dalam banyak hal, tetapi mereka bersatu dalam menghadapi musuh.
Inilah yang diperingatkan dengan keras oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Adapun orang-orang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi
sebahagian yang lain. Jika kamu (hai para Muslimin) tidak melaksanakan
apa yang diperintahkan Allah itu, (yang dimaksud dengan apa yang telah
diperintahkan Allah itu: keharusan adanya persaudaraan yang teguh antara
kaum Muslimin) nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan
kerosakan yang besar. (al-Anfaal: 73)
Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
/hwa: utusan.com.my | 11/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan