KIMANIS 11 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengajak anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal setia pada
perjuangan parti dan tidak terlalu mengejar jawatan demi pembangunan
negara.
Beliau berkata, pemimpin yang ikhlas dan setia harus menjadi pilihan
rakyat sepertimana di bawah prinsip dalam agama Islam dan sunnah
Rasulullah.
"Rasulullah sudah bagi landasan nak pilih atau lantik seseorang,
jangan gila jawatan...jangan duk beria sangat...kalau mahu sesuatu pun,
tidak boleh ikut hawa nafsu dan perasaan," katanya.
Katanya, beliau masih ingat pesanan allahyarham ayahandanya Tun
Abdul Razak Hussein yang masih relevan iaitu: Kalau hendak jadi seorang
pemimpin dan nak kepimpinan diberkati Allah, disenangi dan diterima
rakyat, kita mesti seorang pemimpin jujur dan ikhlas".
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka
puasa bersama rakyat di SMK Bongawan II, kira-kira 85 kilometer dari
bandar Kota Kinabalu, di sini, hari ini. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 11/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan